Hi! Dah bosan makan dekat tempat biasa? Bosan makan dekat Mamak? Gerai-gerai biasa?
Okay, anda boleh try makan di Ipoh Station Antique Cafe.
Apa yg menarik?
Ipoh Station Antique Cafe ni mengetengahkan makanan melayu Perak.
Dekorasi didalam cafe juga sangat menakjubkan.
Kerna dihiasi dengan pelbagai barangan antik dari tahun 50-an.
Makanan yg sedap?
Pernah makan lempeng pisang yg berinti kelapa?
Ia makanan traditional zaman atok nenek kita.
Hanya ada pada pukul 4:00 petang hingga 7:00 malam (mengikut keadaan semasa)
Assam Laksa ? Mee Kari ?
Jika anda singgah di Ipoh Station Antique Cafe, tapi tak rasa Assam Laksa dan Mee Kari nya,
anda memang rugi.
Ada pelbagai lagi menu menanti anda disana.
Rasailah kelainan suasana di Cafe Melayu Perak dengan hiasan dalaman yg unik dan cantik.
Lokasi :
No.15,
Jalan BPU 6,
Bandar Puchong Utama,
47120 Puchong,
Selangor Darul Ehsan.
Contoh suasana di dalam cafe:
My favorite order :
Black Coffee.
Banana Pancake/Lempeng Pisang yg hampir pupus .
Now anda boleh rasa di sini.
Cucur pisang.
Tapai Pulut
Mee Kari
Nasi Goreng Ipoh Station.
Okay, kat atas ni memang MENU WAJIB.
Kenapa simple? Sebab selalunya kami pergi pukul 5:00 petang.
So memang utk minum petang.
Apa tunggu lagi? Jom cuba !
A Loving Heart is The Beginning of All Knowledge
2 Comments:
wahhh..memang antik kedai die..dpat biskut dgn air kopi memang best :)
@Cik Mun kan? heee. suka sangat kedai ni.
Post a Comment