Friday, July 29, 2016

Pesanan

Bila diuji dgn kemewahan
Berjaga jagalah teman
Khuatir tersalah pilih rakan
Khuatir terleka dgn kesenangan
Lalu terus melangkah kehadapan
Dgn rasa bongkak dan perasan

Hati-hati wahai teman
Jgn diingat hidup ni sentiasa aman
Kadangkala datangnya ujian
Kita sendiri tak mampu melawan
Semuanya adalah ketentuan

Beringat wahai teman
Bila hadirnya ujian
Jangan mudah putus harapan
Kembalilah pada Tuhan
Mohon petunjuk dan panduan
Agar dipermudahkan segala urusan

Manusia sering lakukan kesilapan
Jadikan kesilapan sebagai satu pengalaman
Pengalaman yg memberi satu keinsafan
Untuk panduanmu dimasa hadapan

Si Pendosa,
ADAH


A Loving Heart is The Beginning of All Knowledge

Thursday, July 28, 2016

Melati dan Budi

Assalamualaikum

Dunia yg penuh teka teki
Disebalik selembut wajah si Melati
Terselit resah disanubari
Ku paham indahnya berbudi
Tapi tidak la sampai korbankan kehendak diri

Jika si Melati diuji melalui hati
Si Budi diuji dgn kemewahan duniawi
Dulunya mereka sepakat berjanji
Perit payah bersama harungi
Senang pula bersama nikmati
Tapi tiupan angin membawa janji pergi

Sehari hari berubah laa si Budi
Diam diam meninggalkan Melati
Dimana silapnya dalam hubungan ini?
Masing masing berteka teki
Tiada satu pun jawapan melegakan hati
Disaat ini mula lah terkubur segala impian yg ingin dikecapi

Wahai si cantik Melati
Pergi laa kamu membawa hati
Takut dibiar merosakkan diri
Rawatlah sebelum semangatmu mati
Tentang Budi biarlah dia menilai sendiri
Dimana kaca dan permata yg perlu dihargai
Tersedar dikemudian hari, pasti dicarinya Melati
Waktu itu lihat lah jauh dari sudut hati
Bezakan kehendak hati dan matlamat diri
Keputusan semuanya diatas Melati
Semoga urusanmu diberkati
Wahai Melati juga Budi

Dari Pendengar Setiamu,
ADAH


A Loving Heart is The Beginning of All Knowledge

Tuesday, July 26, 2016

Mengimbau Kenangan Lalu

Assalamualaikum.

Seronok benar harini kita bercerita
Ada part2 bergelak tawa
Tak tahu apa yg buat kita teruja
Terlalu sakan berkongsi cerita gembira
Seolah olah tiada hari esok mahupun lusa
Lama sungguh tak luangkan masa
Yelah, Sibuk dgn tugasan dan kerja
Tapi tak mengapa
Utk masa depan juga

Bila diingat kembali dahulu
Awak bicara malu malu
Bila ditanya soalan seringkali jawab tak tahu
Kalau depan2 diam membatu
Mulut terkunci bisu
Nak kita jugak yg mulakan topik dahulu
Indah bukan begitu?
Walaupun kadangkala rasa nak baling batu
Yelah kita tanya berpatah dia jawab satu satu
Tak mengapalah dah sikap awak begitu

Tapi sekarang tak sama
Kita diam awak bertanya
Kita jawab awak masih lagi bertanya
Kadang bila emosi serba tak kena
Geram jugak nak disembur sahaja
Tapi awak buat apa?
Pujuk dan ketawa
Bila penat, awak sambung lagi bercerita
Kadangkala tuh terhibur juga
Telatah awak mencuit hati dan jiwa
Makin bertambahlah rasa cinta

Kalaulah awak ingat lagi
Zaman kita masih study
Awak suka main tarik tali
Time awak free kita busy
Time kita free awak ade aktiviti
Masa tuh sokmo tak puas hati
Setiap malam ade je luahan hati
Satu masa kita terus berhenti
Jarakkan hubungan utk pertama kali
Masa tuh la saya sasau menjadi jadi
Tetiba rasa sayang muncul dihati
Saat itu baru hubungan kita diperbaiki
Kita saling melengkapi
Kita saling memaafi
Kita kurangkan kelahi
Saya pula padamkan rasa benci
Yelaa mulamula dulu ingat hubungan ni tak kan menjadi
Tak sangka pula awk pandai ambil hati
Terima kasih org Ipohh marii 😊😊

Coretan manis buat Jejaka pilihan dihati,
ADAH



A Loving Heart is The Beginning of All Knowledge

Dilema Orang Muda

Assalamualaikum.

Kadangkala kita bosan dgn pertanyaan yg sama.
Bila nak "berdua"?
As women, bila digasak dgn soalan peribadi,
Mereka rasa resah. Kerna mereka sendiri menanti jawapan yg sama.

Tapi apakan daya.
Jodoh ajal dan maut ditangan Allah.
Kita hanya merencana, Allah juga yg menetapkannya.

Kadangkala si wanita terlalu mengikut rasa mereka.
Digasaknya pula pihak lelaki dgn soalan yg sama.
Ada teruna yg mungkin boleh bersahaja,
Ada pula teruna yg terus berubah airmuka.
Bukan mereka tak suka dgn pertanyaan kita,
Bukan pula mereka menangguh nangguh Hari Bahagia,
Tapi mereka sendiri tengah berusaha.
Sabarlah.

Kita kata majlis biasa biasa saja,
Org tua pula mahu jemput jiran tetangga dan sanak saudara,
Org luar lincah bandingkan hantaran belanja,
Bakal pengantin yg selalu menjadi mangsa.

Wahai bakal imam yg dalam dilema,
Maafkan lah si wanita,
Mereka juga punya rasa yg sama,
Mereka juga tak sampai hati nak bertanya,
Inikan pula nak memaksa maksa,
Bersangka baiklah dgn si wanita.

Jujur kita pendam benda yg sama,
Dikepala ligat putarkan tarikh2 bermakna,
Dimana salah satunya pilihan kita berdua,
Cuma belum lagi kita putuskan yg mana.

Adaptasi dari peristiwa 19th July 2016.

Kisah kita,
ADAH


A Loving Heart is The Beginning of All Knowledge

Suatu Ketika

Assalamualaikum
Suatu ketika
Pernah hadirnya kecewa
Datang tak dipinta
Diusir berkali kali tidak berjaya
Suatu ketika
Pernah juga berputus asa
Tercari cari dimana bahagia
Terkial kial menagih janji setia
Tapi yg muncul dimata
Hanya pengikis dan pendusta
Suatu ketika
Saat lelah dgn sandiwara
Muncul makhluk Allah
Yg sikapnya merawat duka
Bicaranya menenangkan jiwa
Peribadinya sangat istimewa
Terima kasih sang jejaka
Dalam masa aku terluka
Kau hadir mnjadi penawarnya
Dalam masa tangisan tak diseka
Kau sudi menghentikannya
Bahagia itu milik Allah
Dipinjamkan hanya sementara
Jika ditanya apa itu bahagia
Tentu ku jawab pertemuan kita
Mogamoga kita akan kekal bersama
Nukilan Bintang Hatimu,
ADAH


A Loving Heart is The Beginning of All Knowledge

My Convocation

Assalamualaikum.
Alhamdulillah.
Officially graduated from UiTM Bandaraya Melaka in Bachelor Business Administration (hons) Human Resource Management.
Syukur.
Ditemani insan-insan yg sentiasa ada saat jatuh bangkit selama 2 tahun setengah di Melaka.
Majlis berjalan dengan lancar ditemani keluarga tercinta dan kekasih hati yg dtg dari Perak.
Berjuta rasa hadir dihati.
Tak mampu diungkapkan dgn kata2 mahupun reaksi wajah, ataupun lenggok tubuh.
Namun,
Percaya lah,
Kehadiran kamu itu satu kejutan,
Ia juga satu penantian dan harapan,
Terima kasih tunaikan "impian" yg dizahirkan menjadi realiti dan dijadikan satu kenangan.
Percutian pertama, juga event rasmi yg pertama,
Moga2 event seterusnya adalah "majlis" penyatuan kita.
In sha Allah.
Heroin terakhir kamu,
ADAH


A Loving Heart is The Beginning of All Knowledge

Walau

Assalamualaikum..
Walau beribu bintang di langit,.
Tak kan sama dgn awak,
Bintang dihati saya.
Walau beribu kilometer jarak kita,
Tak kan bisa memisahkan dua hati,
Yg sudah bercantum dan berjanji.
Walau berkali  kasih dilanda ombak,
Tak mampu mengikis pasir cinta,
Yg ditimbus oleh rasa kasih dan rindu.
Selamat malam kekasih hati.
Yg kian menjauh......
Tulus ikhlas dari,
Sang suriamu 


A Loving Heart is The Beginning of All Knowledge

My 24th Birthday

Assalamualaikum.
6 months without any entry. Quite long actually.
Btw Nenek baru je meninggal dunia on 2nd of March 2016. Rasa macam baru je arwah maksu tinggalkan kami. Now giliran arwah nenek.
Kami redha....Al-fatihah buat kedua2 arwah Maksu dan Nenek.
Alhamdulillah adah selamat meneruskan hidup utk tahun yg ke24. Hehe. Ayat berbelit sangat.
As usual, si dia sentiasa disisi and masih setia disisi. Suruh tinggalkan kita, dia tak mahu 
Again, Syukur..Allah masih panjangkan umur Adah. Semoga Allah panjangkan juga umur org2 yg Adah sayang.
Terima kasih diatas kejutan dan hadiah dr keluarga dan yg tersayang. ( U knw who you are)..
Post yg dah lama, tapi baru nak update. Terlupa yg blog ni ditubuhkan utk "cherita kita". ;')
Ringkas dan mudah difahami,
-Terima kasih En.Shabudin utk hadiah yg sentiasa terkesan dihati. Moga2 Allah panjangkan umur awak dan murahkan rezeki awak. Saya sgt menghargai awak. Ikhlas dari pemegang kunci hatimu. 


A Loving Heart is The Beginning of All Knowledge

 
NUKILAN NURUL SYUHADAH ARIADI