Friday, May 15, 2015

LELAKI PENYAYANG


HAHAHAHAHA. Geli jugak baca tajuk kat atas tuh. Hehe. Baru-baru ni Adah ade date dengan Mr.Right setelah hampir lapan bulan tak date berdua. (Elehh baru bulan, before ni setahun lebih tak jumpa, relax je.hihi) Last date pun tahun 2014, bulan 9 tak silap.  Then jumpa lagi time kenduri abg dia bulan 12. 

Ikutkan, kami ni boleh dikira dengan JARI laa berapa kali date berdua.  Rasanya tak lebih pun 5 kali.  Selebihnya kalau jumpa memang dengan family Adah. (Adah ni memang sejak sekolah lagi ada bodyguard pergi mana-mana pun.  Kalau Ibu kerja, makcik-2 kena teman, kalau makcik-2 busy, sepupu-2 kena teman, and kalau sepupu pun busy, adik bongsu kena teman. Haaa, tuh diaaa.

Tapi tuh laa. Antara ciri-ciri lelaki tuh penyayang and betul2 sayang kita, IF dia tak kisah pun keluar date dengan kita ditemani family and sedara mara.  Malah dia lagi-2 lah suka.  Hehe. Alhamdulillah.

Kedua, bila dia selalu cakap “Sy sayang awak”, “Yunk….Love you!” , or “Wak, sayang sy tak?”.  Kadang-2 tuh time tengah sibuk2 beli barang, or time sesak-2 berjalan, tetiba jer dia cakap “Sayang awak”. Eh eh eh ehhhhhhh. Terkesima kita.  Nak cakap sweet, kang dia perasan.  So kita pun senyum je laa sipu-2. Hehe. Itu memang tebiat pakwe kita. Hahahaha.

Ketiga, gi jalan mana-2 dia sanggup bawak handbag kita. HAHAHA. Kemain kauu! Pemalas betul! Handbag sendiri pun suruh dia bawakkan. Kadang-2 tuh kita acah-acah je.  Tapi dia ni memang rajin.  Sokmo laa kepit handbag kita.  So Kita pun lenggang kangkung laa. Hahaha

Keempat, tak pernah tinggi-2 suara or tengking-2 or warning, or marah-2 tanpa sebab dekat kita.  TAK PERNAH OKAY!  Kalau dia marah sangat-2 pun dia akan guna nada tegas je, supaya kita rasa bersalah dan tak buat lagi kesilapan yg sama .  Disebabkan Adah ni degil, and tak makan saman, so kadang-2 tuh bila ada perangai Adah yg tak berkenan dimata dia, dia jadi malas nak tegur.  Tapi time tuh kita kena paham-2 sendiri laa.  Kalau terikut-2 sangat keras kepala ni, nanti pakwe lari. Dah sudahhh. Bercinta 4 5 tahun, dalam dua tiga bulan pakwe boleh lari.  Allah, mintak simpang okay!

Kelima, tak pernah or tidak lah sekali pun dia mengungkit kisah silam dengan Ex or bercerita hal perempuan lain. TIDAK LAH PERNAH OKAY! Sampai kadang-2 Adah selalu cakap 
“Awak ni tak ade kawan perempuan ke? Gi la keluar dgn kawan-2, gi laa kenal2 dengan perempuan lain, kot-2 kita tak ade jodoh ke, tak ade laa frust sangat awak tuh”.  

Tapi dia tetap dengan pendirian dia.  Ayat dia selalu 
“Awak sorang ni pun saya susah nak jaga dan pening kepala nak kawal, ni kan nak kawan or kenal-2 dgn org lain.  Kalau dah tak ade jodoh tuh nak buat macam mana, saya terima je laa”.

Huhuhu. Mudahnye dia bercakap. Hehe

So kesimpulannye , Mr.Right Adah ni sangat-2 lah penyayang orang nye.  LEmbut, kalau bicara tuh tak pernah laa menyakitkan hati (kecuali part bergaduh laa) hahaha.  Dia ni seorang yang soft spoken and high patience.  Then dia ni org yang tak suka “bergaduh”, sangat-2 tak suka.  Sebab bila bergaduh je, end up dia mesti ayat 

“Lepas ni jgn gaduh-2 lagi ye wak.  Sy tak suka laa. Tak pe laa, sy yg salah.  Sy mintak maaf k”

Walaupun sebenarnya Adah, dia dan family Adah pun tahu kesalahan tuh dtg dr Adah. Hehehehe

In short, nak cari pasangan, cari yg syg kita lebih dr kita sayang dia.  And boleh terima family kita seadanya. 

  Sekian…..





A Loving Heart is The Beginning of All Knowledge

Thursday, May 14, 2015

TIPS KURANGKAN PAHIT AIR DETOX


Ramai yang nak sihat, nak kurus, nak cergas kan? Tapi dalam masa yg sama ramai yang “kedekut” nak keluarkan duit or bayar produk itu ini just untuk capai apa yang diingini.  Yelaa sayang kot kat duit tuh. Macam-2 boleh beli. hehehe

Tapi sekarang semua tuh tak jadi masalah.  Dengan air detox, anda mampu capai ketiga-tiga sekali, iaitu SIHAT, CERGAS dan KURUS. Hehe. In shaa Allah, tak salah kita nak ikhtiar.

Adah tak nak share cara-cara buat air detox, or resipi kombinasi buah-buahan yang sesuai utk detox water, sebab Adah SANGAT PASTI dah berlambak blogger keluarkan entry tuh. Korang search je “Air Detox, Resipi Detox, Cara-2 buat Air Detox, What is Detox water?” (Haa banyak lagi)

So hari ini, dekat blog Adah ni, Adah just nak share tips kurangkan kepahitan air detox yang kita minum tuh. First of all, biar Adah bagi tahu air detox apa yang Adah selalu minum setiap pagi sebelum pergi kerja.

1.  Teh hijau + Daun Pudina + Lemon
2.  The hijau + Lemon + Oren

Kedua-duanya SEDAPPPPPPPP . And guess what, Adah addicted giler dengan kepahitan masam-2 manis air detox ni. Hehe. Okay, let’s go to the tips!

TIPS ELAKKAN KEPAHITAN AIR DETOX:

1.  Buang biji lemon or oren, KESEMUA biji. Jgn ada satu pun tertinggal.
 2.  Cuci lemon/oren/buahbuahan lain yang TELAH DIPOTONG menggunakan air dengan sekilas sahaja. Contohnya, sebelum potong memang kita dah basuh kan? Bila lepas potong, basuh sehiris-2 buah tuh dekat air, tapi jangan lama-2. Cuci gitu-2 je, then masuk dalam botol.
 3.  Jika anda menggunakan Oren as your detox water, pilih laa oren yang manis sikit. ***helooo manis buah tak sama dengan manis GULA okay.  So jangan  risau, still elok utk kesihatan.  Bila kita guna Oren yang manis-2 sikit ni, nanti kurang laa rasa pahit.  Sebab MUSTAHIL laa korang mampu beli LEMON yang rasanya MANIS-MANIS kan?. Hehe.
 4.  Jgn masukkan penutup buah, or bontot buah yang dipotong .  Kira korang ambil bahagiah tengah-2 je.  Sebab kulit buah ni yang memahitkan sebenarnya.  So tak kan korang nak buang semua kulit kan? Cara yang terbaik, jgn ambil bahagian ‘kepala’ dan ‘bontot’ buah yang dipotong.

Okay, buat masa ni itu sahaja tips yang mampu Adah kongsikan :)

SEKIAN….

Selamat mencuba J


A Loving Heart is The Beginning of All Knowledge

 
NUKILAN NURUL SYUHADAH ARIADI