Tuesday, November 11, 2014

TENANGLAH DIKAU DI SANA 1


Entry kali ni lain dari yg lain. Agak panjang. Agak emotional. Agak sensetif.  Agak Peribadi.  Tapi segalanya dicoret, dijadikan cerita, ditaip dan diabadikan di blog ini buat tatapan dan bacaan di masa akan datang. 

20 - 24 Oktober 2014 (Jumaat)
  • Minggu ni minggu agak sibuk, agak mencabar. Memang dah jarang sangat call ibu, call maksu, balas mesej kak chik.  Bukan bermaksud lupa, tapi terlalu sibuk. macam dua hari sebelumnya, hari ni kak chik call lagi, bagitahu ibu demam dan tak boleh bangun.  Hati tuh rasa sedih sangat.  Ibu tak makan, minum air je. 

  • Malam tuh call laa Maksu.  Suara maksu ceria, walhal seminggu sebelum tuh Maksu demam teruk.  Tapi bila call, maksu cakap maksu dah sihat.  Suara dia memang ceria macam biasa.  Tapi call maksu bukan laa sebab nak cakap dengan maksu, tapi nak cakap dengan adik lelaki, suruh hantr makanan dekat ibu, jaga ibu.  sebab time tuh aku tak dapat balik. 

  • Lepas call maksu terus pergi dapur cakap dengan zika, "Aku nak balik laa esok.  Ibu sakit.  Aku tahu ibu mesti perlukan aku". So memang dah nekad dah nak balik pagi2 sabtu. Sebab aku selalu balik 2 minggu sekali.  tapi kali tuh konon nak balik minggu ke 3 sebab ade test berlambak. tapi bila ibu demam, mestilaah anak kena jenguk dan jaga ibu dia.  
25 Oktober 2014 (Sabtu, 6.00 pagi)

  • Hati ni berbelah bahagi antara nak balik Puchong atau tak.  Sebab pikirkan test. So bila fikir dalam-2, aku nekad tak balik puchong, tapii akan terus balik puchong lepas je habis test hari Rabu.  Walaupun dalam hati tuh berat sangat nak stay kat Melaka.  FIkiran tuh asyik fikir kat rumah je.  hati memang tak sedap.  tapi time tuh tak tahu lagi kenapa. 
26 Oktober 2014 (Ahad 6.00 pagi)

  • Macam biasa bangun pagi-2, solat subuh dan buat sarapan. 
  • 6.50 pagii ade panggilan telefon dan mesej dari kak chik mengatakan Maksu pengsan.  Aku terus call Kak chik, and kak chik pass telefon pada abg.  Time tuh aku tak sempat pun tanya, tapi abg terus cakap "nanti abg call kakak balik ye" . Dalam hati tetiba cuak. Kenapa ni ???
  • 7.15 pagi.  Telefon berbunyi dan nama "Abang" keluar.  Time tuh aku tengah makan cucur sambil baca buku, aku ingat lagi.  Lepas jawab salam dari abang, abg terus cakap "Kakak, kau kena balik sekarang jugak. MAKSU DAH MENINGGAL".

  • Ya Allah!!! Aku tak kuat, ya Allah.  Time tuh aku terus kelu, aku terus menangis, aku meraung sekuat-2 hati.  Housemate semua terjaga dan terus berlari dekat aku.  Aku ingat lagi, telefon terus terlepas dari tangan, Fatin terus tarik aku ke dada dia, Zika terus capai telefon yang terjatuh tuh.  Aku masih tak percaya dengan apa yg aku dengar.  Aku menangis dan terus menangis. 

  • Lepas beberapa minit, zika matikan telefon dan terus peluk aku.  Ya Allah, time tuh aku yakin, abang aku tak bergurau.  Lembut je zika bisik ke telinga, "Maksu dah tak ada, sabar ye".  Allah! rasa nak tumbang, rasa nak terbang terus ke PUchong.  

  • 11.30 pagi .  Aku sampai di Puchong ditemani Zika.  Ina, Eqa dan Kina yang jemput aku di station bas.  Time tuh hanya mata yang melambangkan kesedihan.  Hanya muka yang suram yang menyapa dorang.  Sunyi sepi dalam kereta. 

  • Sampai sahaja di rumah, aku tercari-2 sekujur tubuh yang paling aku sayang.  yang jaga dan belai aku dari kecik, tapi tak ada.  Rupanya jenazah dah dibawa ke masjid untuk dimandikan. 

  • Sesampai dimasjid, ibu peluk aku sambil menangis, sebak didada. airmata tak pernah berhenti mengalir.  Abah panggil masuk kedalam masjid.  Bila kat dalam masjid, aku tengok ramai sangat kenalan dan saudara mara.  Aku nampak adik2 aku, diorang peluk aku sambil bisik "Sabar kakak".  Aku diam. aku terus melangkah ke tempat jenazah dimandikan. 

  • Ya Allah, kaki aku tersangat sejuk dan kaku. tapi aku gagahkan juga melangkah.  Aku nampak maklang dan sepupu aku pandang aku.  Aku paham makna disebalik pandangan mereka.  Aku terlalu paham.  Ada orang yg papah aku, aku tak kuat.  Bila hampir sampai di sisi jenazah, aku pandang kakinya.  Aku kenal seluar itu, sebab seluar tuh beli sama dengan seluar aku.  Aku pandang bajunya, aku kenal baju itu.  Sebab baju itu selalu terletak berlipat diatas katil ku.  KEmudian aku pandang wajah jenazah itu, Allah, aku terus menangis, aku rasa nak tumbang.  Itu MAK USU !! MAK USU!!! Ramai ahli keluarga menghampiri aku dan menyuruh aku mandikan jenazah, kerna arwah sangat-2 rapat dengan aku.  Dan aku laa anak sedara yang paling dia sayangi.  Aku tak menolak.  Aku terus berdiri disebelah jenazah. 

  • Ketika urusan memandikan jenazah, aku tahan airmata, aku tenung wajah arwah.  "Maksu, mungkin ini laah sebab nya kenapa hati akak terlalu kuat menyuruh akak balik semalam".

  • Usaii memandikan jenazah , aku juga yang mengkapankan.  Dan aku sempat mencium jenazah.  Ya Allah, wangiiiiii.  Maksu sangat wangi, muka maksu bersih, semua orang kat situ tegur.  Smua ustazah yang terlibat memandikan arwah Maksu pun puji arwah putih bersih dan wangi.  Alhamdulillah, terima kasih Allah. Engkau pemudahkan urusan kami. 

  • Ketika ditanah perkuburan, selepas membaca talkin dan doa, ibu pengsan.  Allah, besar sungguh dugaan-Mu pada kami. Kami kehilangan arwah yang sangat rapat dan baik.  Dan ibu pula dimasukkan ke hospital sehari selepas arwah meninggal. 

11 November 2014

Maksu, kini dah 17hari maksu tinggalkan akak, tinggalkan kami.  Akak tak sempat jaga maksu ketika sakit.  Akak tak sempat nak tengok maksu senyum buat kali terakhir.  Akak tak sempat nak dengar gelak tawa maksu.  Akak tak sempat buat semua tuh, maksu.  Banyak kali akak rasa menyesal.  Banyak kali akak mengeluh, tapi ramai orang nasihatkan akak, ramai org suruh akak bersabar, dan ramai sangat-2 orang cakap "Maksu terlalu sayangkan kakak dan baby, sebab tuh hanya kakak dan baby yang tak sempat tengok maksu nazak.  Hanya kami berdua yg tak dapat tengok maksu melelapkan mata buat kali terakhir.  Hanya kami.  Sebab apa?  Sebab Maksu tak nak kami sedih tengok maksu terlantar kan????" Akak terlalu sayangkan maksu.  Setiap kali akak masuk bilik, akak tengok tempat maksu baring selalu disebelah kakak, akak buka almari maksu, akak tengok gambar2 dalam telefon maksu, dan akak baring dan cium tempat terakhir maksu menghembuskan nafas terakhir.  Terlalu perit untuk menerima yg maksu dah tak ada.  Tapi akak redha, maksu.  Akak redha. Moga maksu tenang di sana.  Akak sayangkan maksu.   AL-FATIHAH buat ROSLINDA BINTI ALI.


A Loving Heart is The Beginning of All Knowledge

2 Comments:

Eyra said... [Reply to comment]

Assalam . Kak adah , lama tak jenguk blog akak . huhu :'( akak bersabar yah . Banyakkan doa untuk maksu akak . Arwah mesti happu sangat kalau kak adah selalu doakan dia dan jadi wanita solehah ya kak . supaya arwah bangga sebab pernah membesarkan akak ❤

Nurul Syuhadah said... [Reply to comment]

Wassalam. thanks dik. In sha Allah. akak cuba jadi yang terbaik, supaya arwah tenang di sana :')

 
NUKILAN NURUL SYUHADAH ARIADI