Saturday, October 1, 2011

TIPS MENGEKALKAN HUBUNGAN CINTA !

Assalamualaikum (: 

Untuk pengetahuan semua , esok paper terakhir aku untuk semester 3 nie . Tapi aku still busy dengan blog . ouhh , sory . :D Aku perlu luangkan masa untuk merehatkan otak aku . So jalan terbaik , update blog terchenta . heee .  Okey , now . nak share dgn korang tentang "tips mengekalkan hubungan chenta"

TIPS MENGEKALKAN HUBUNGAN CINTA :


1- Penampilan Diri
    :: Korang sepatutnya jaga penampilan diri korang . Dari segi pakaian mahupun tingkah laku . As we know , pasangan kita nie mostly suke BF/GF dorang nampak kemas , sopan , and sedap mata memandang (: bukan menyeksakan jiwa dan raga mereka . 


2- Ikhlas 
   :: Keikhlasan tuh penting . Bila korang bersama si die , keluar dating mahupun pergi makan di rumah family dorang , korang seharusnya menunjukkan keikhlasan korang dalam berbuat demikian . Jangan nak tunjukkan muka masam jer . Yang penting , ikhlas dalam perhubungan tuh . 


3- Bahasa Tubuh 
   :: Kenapa bahasa tubuh penting ?? bahasa tubuh yang dimaksudkn nie , bukan bahasa tubuh korang yang manja menggedik tuh . tapi bahasa tubuh dalam menunjukkan minat dari segi perbualan . Yela , bila korang tengahh berbual dengan GF/BF korang , korang perlu lah bercakap dengan pndang mata dia , dan gunakan pergerakan tangan , seolah-2 korang selesa berkomunikasi dengan nya (:


4- Berpikiran Positif
    ::  Cuba berpikiran posirif dan terbuka . Jangan mudah menuduh , mahupun berprasangka . Dengan berpikiran positif jugak lebih mudah korang untuk menerima kehadiran seseorang tuh . 


5- Kata Pujian
   :: Jangan kekok atau kedekut dalam memberikan kata pujian kepada pasangan anda . Tak mahal and tak perlu bayar pun . Kata pujian yang diberikan itu akan membuat pasangan anda berasa diri mereka dihargai (:


6- Mengambil Berat
    :: Cuba menunjukkan rasa keprihatinan anda terhadap pasangan . Tak salah rasa nye kalau si BF tolong bukak kan pintu untuk GF dorang setiap kali mengunjungi restoran , atau pun hanya membuka pintu kereta . itu pun dah cukup bagus . hehe


7- Kata Maaf
    :: Jika pasangan anda melakukan kesalahan , cuba berikan dia peluang dan berlapang dada dalam memaafkan kesalahan mereka . Kita tidak akan lari dari melakukan kesalahan . 


8- Membandingkan Kekasih
   :: Jangan sesekali korang berani membanding-bandingkan pasangan korang dengan exGF/BF korang . Benda nie hanya mendatangkan pergaduhan dalam hubungan korang . cuba menerima pasangan seadanya . dan menegur secara baik .


9- Membincangkan Masalah
    :: Jika ada masalah , bincang dengan sebaiknya . dan berikan tumpuan kepada masalah tersebut . Tunjukkan minat bahawa anda juga cuba untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi . 


10- Hobi
      :: Kenali hobi pasangan anda , dan tak salah jika anda juga mendekati hobi tersebut . Mana tahu ini akan merapatkan lagi hubungan anda dan pasangan (: 


Bila kita pandai jaga hubungan , kita dapat jadi macam mak dan ayah kita.  (:  Sentiasa bersama , walaupun banyak halangan melanda . Hubungan mereka tetap utuh . !



Sebenarnya banyak lagi tips-2 yang boleh dimasukkan . Tapi disebabkan aku penat menulis , rasanya ini saja yang mampu aku kongsikan . Yang lain-lain tuh , korang boleh pikir sendri . Bak kata orang , pndai bercinta , pandai lah jaga hubungan tuh (: jangan sampai ada hati yang terluka . Sekian , selamat petang (:

p/s :: Kadang-2 , benda yang kita anggap kecil tuh lah , yang bila kita buat , ia akan mengembirakan hati pasangan kita . Contohnya pujukan dan mesra . Point ini lebih besar memainkan peranan dalam menjaga hubungan korang dengan pasangan . Tapi berwaspada dalam menggunakan ayat pujukan , dan dalam menunjukkan kemesraan . Jangan sampai tersalah langkah . Wallahualam (:


Namun , andai si die memang bukan jodoh kamu , terima dengan redha . Allah tetap menjaminkan kebahagiaan korang dengan insan yang lebih layak (: 
 


A Loving Heart is The Beginning of All Knowledge

0 Comments:

 
NUKILAN NURUL SYUHADAH ARIADI