Sunday, October 9, 2011

Awak Kejam ! Awak tak Sayangkan Saya ! Awak Curang !!! :'(

Assalamualaikum . (: Salam ukhuwah buat pembaca setia . :D

Fuhh fuhh . (tiup habuk) . Aduh , dah lama tak update blog nie , berhabuk , bersawang , bercendawan , berkulat dan macam-2 BER dah yang ade kat blog aku nie . hee . Almaklumlah , dah seminggu kerja nie , tak de masa dah nk bermuka buku , dan berblog . Rindu pulak dkt blog terchenta nie . hahaha . By the way , hari nie aku kembali untuk men-share-kan tips-tips yang boleh menjadi panduan buat pembaca semua .  (:

PETANDA PASANGAN ANDA CURANG ::



1-  Bersikap Dingin
     :: Bila korang perasan , petanda terbesar pasangan korang curang , bila GF/BF korang tiba-2 berubah jadi pemarah . Layan korang pun kasar-2 , and mula tunjukkan sikap dingin setiap kali korang berdua pergi dating .!


2-  Lupa Tarikh Penting
     :: Selalunya , pasangan yang curang akan perlahan-2 melupai tarikh-2 penting antara korang berdua . Contohnya tarikh korang kapel anniversary . Paling sakit hati , bila BF/GF korang lupa tarikh befday korang . Nampak sangat dorang dah mula melupai diri korang . ! so hati-2 laa . 


3-  Tidak Tepati Masa
     :: Jaga-2 bila pasangan korang dah tak lagi on time stiap kali korang keluar bersama . Tak kira laa tyme korang nak lunch atau pun pergi shopping . Tuh makna nye ade lahh sesuatu yang dorang buat sebelum keluar dengan korang !


4-  Mengelak
     :: Petanda yang paling senang korang boleh perasan pada BF/GF korang . Contohnye bila pasangan korang dah jarang jawab panggilan telefon korang , dan mesej pun dah tak berbalas . Ini menunjukkan dorang cuba nak mengelak diri dari korang . Mungkin dorang dah bosan . Sape tahu ? (:


5-  Tiada Lagi Panggilan Manja
     ::  Contohnye , dulu dorang pggil korang baby , darling , honey or etc kan ? but tiba-2 jer dorang just panggil korang I and U , atau saya dan awak ! Perubahan mendadak  kan ? So bila passangan korang macam nie , cuba-2 lah selidik , mana tahu dorang ade lelaki/pempuan lain kat luar tuh :D huhu


6-  Sibuk/ Alasan
     :: Mereka-2 yang dah ada pasangan lain di tempat kerja atau tempat study dorang , selalu nye dorang akan cuba sedaya upaya "mereka" 1001 alasan untuk mengelakkan diri dari keluar berjalan-jalan dengan korang . Antara alasan yang agak fames , "sibuk and banyak kerja" , ataupun " banyak assingment" .


7-  Menyembunyikan Telefon Bimbit
     ::  Kalau dulu , pasangan korang tak kisah pun korang check atau pegang h/p dorang .  Tapi bila dorang dah ade orang lain , dorang mesti sembunyikan h/p dorang dari korang . Tuh maknanye diorang tak nak korang tahu siapa" teman baru" dorang , and dengan siapa dorang mesej and selalu call ! :P


8-  H/P Selalu Berbunyi
     ::  Mesti korang rasa pelik kan  , bila setiap kali korang dating , pasangan korang punya h/p selalu berbunyi  "tett tett tett" atau "kring kring kring" ! HA ! tuh maknanya mesti ade sesuatu yang tersembunyi . Mana tahu BF/GF baru dorang yang call and message .


9-  Mula Bersikap Cemas !
     ::  Cuba korang perhatikan reaksi atau riak wajah pasangan korang setiap kali korang keluar berdua di tempat-2 awam . Contohnye di shopping complex , ataupun di taman-2 yang selalu korang pergi .  Bila korang tengok muka BF/GF korang cemas semacam , berpeluh-2 (bukan sebab panas) , ataupun berkerut-2 dan cuba mengajak korang ke tempat lain , its means , maybe dorang tak nak atau takut terserempak dengan "kekasih gelap" dorang . 


10-  Tidak Pedulikan Anda
       :: Petanda yang paling ketara yang boleh menunjukkan BF/GF korang tuh curang , bila dorang langsung dah tak pedulikan korang . Dah tak tanya khabar , ajak keluar , dan paling penting , dah tak mesej korang langsung . hmm . bila benda nie berlaku , cuba-2 lah korang merisik dan mengintip pasangan korang tuh . Mungkin korang akan dapat jawapan nye (:


HA !! dah abis bace ?? Untuk pengetahuan korang , ape yang aku bagi tahu kat atas nie , bukannya totally betul . Korang sepatutnya lebih kenal pasangan korang macam mana . And korang patut tahu sendiri tanda-2 pasangan korang masih sayangkan korang , atau pun dah ada orang lain ! (:  So jgn lah korang bergantung 100% pada apa yang aku tulis nie . Ini hanya pandangan dari diri aku sendri , and juga dari teman-2 rapat yang menjadi mangsa curang nie ! hee

p/s ::  Kecurangan vs Kejujuran ? Kedua-2 pilihan di tangan korang . Mana yang baik , mana yang buruk , korang boleh tentukan sendiri (:


A Loving Heart is The Beginning of All Knowledge

Saturday, October 1, 2011

TIPS MENGEKALKAN HUBUNGAN CINTA !

Assalamualaikum (: 

Untuk pengetahuan semua , esok paper terakhir aku untuk semester 3 nie . Tapi aku still busy dengan blog . ouhh , sory . :D Aku perlu luangkan masa untuk merehatkan otak aku . So jalan terbaik , update blog terchenta . heee .  Okey , now . nak share dgn korang tentang "tips mengekalkan hubungan chenta"

TIPS MENGEKALKAN HUBUNGAN CINTA :


1- Penampilan Diri
    :: Korang sepatutnya jaga penampilan diri korang . Dari segi pakaian mahupun tingkah laku . As we know , pasangan kita nie mostly suke BF/GF dorang nampak kemas , sopan , and sedap mata memandang (: bukan menyeksakan jiwa dan raga mereka . 


2- Ikhlas 
   :: Keikhlasan tuh penting . Bila korang bersama si die , keluar dating mahupun pergi makan di rumah family dorang , korang seharusnya menunjukkan keikhlasan korang dalam berbuat demikian . Jangan nak tunjukkan muka masam jer . Yang penting , ikhlas dalam perhubungan tuh . 


3- Bahasa Tubuh 
   :: Kenapa bahasa tubuh penting ?? bahasa tubuh yang dimaksudkn nie , bukan bahasa tubuh korang yang manja menggedik tuh . tapi bahasa tubuh dalam menunjukkan minat dari segi perbualan . Yela , bila korang tengahh berbual dengan GF/BF korang , korang perlu lah bercakap dengan pndang mata dia , dan gunakan pergerakan tangan , seolah-2 korang selesa berkomunikasi dengan nya (:


4- Berpikiran Positif
    ::  Cuba berpikiran posirif dan terbuka . Jangan mudah menuduh , mahupun berprasangka . Dengan berpikiran positif jugak lebih mudah korang untuk menerima kehadiran seseorang tuh . 


5- Kata Pujian
   :: Jangan kekok atau kedekut dalam memberikan kata pujian kepada pasangan anda . Tak mahal and tak perlu bayar pun . Kata pujian yang diberikan itu akan membuat pasangan anda berasa diri mereka dihargai (:


6- Mengambil Berat
    :: Cuba menunjukkan rasa keprihatinan anda terhadap pasangan . Tak salah rasa nye kalau si BF tolong bukak kan pintu untuk GF dorang setiap kali mengunjungi restoran , atau pun hanya membuka pintu kereta . itu pun dah cukup bagus . hehe


7- Kata Maaf
    :: Jika pasangan anda melakukan kesalahan , cuba berikan dia peluang dan berlapang dada dalam memaafkan kesalahan mereka . Kita tidak akan lari dari melakukan kesalahan . 


8- Membandingkan Kekasih
   :: Jangan sesekali korang berani membanding-bandingkan pasangan korang dengan exGF/BF korang . Benda nie hanya mendatangkan pergaduhan dalam hubungan korang . cuba menerima pasangan seadanya . dan menegur secara baik .


9- Membincangkan Masalah
    :: Jika ada masalah , bincang dengan sebaiknya . dan berikan tumpuan kepada masalah tersebut . Tunjukkan minat bahawa anda juga cuba untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi . 


10- Hobi
      :: Kenali hobi pasangan anda , dan tak salah jika anda juga mendekati hobi tersebut . Mana tahu ini akan merapatkan lagi hubungan anda dan pasangan (: 


Bila kita pandai jaga hubungan , kita dapat jadi macam mak dan ayah kita.  (:  Sentiasa bersama , walaupun banyak halangan melanda . Hubungan mereka tetap utuh . !



Sebenarnya banyak lagi tips-2 yang boleh dimasukkan . Tapi disebabkan aku penat menulis , rasanya ini saja yang mampu aku kongsikan . Yang lain-lain tuh , korang boleh pikir sendri . Bak kata orang , pndai bercinta , pandai lah jaga hubungan tuh (: jangan sampai ada hati yang terluka . Sekian , selamat petang (:

p/s :: Kadang-2 , benda yang kita anggap kecil tuh lah , yang bila kita buat , ia akan mengembirakan hati pasangan kita . Contohnya pujukan dan mesra . Point ini lebih besar memainkan peranan dalam menjaga hubungan korang dengan pasangan . Tapi berwaspada dalam menggunakan ayat pujukan , dan dalam menunjukkan kemesraan . Jangan sampai tersalah langkah . Wallahualam (:


Namun , andai si die memang bukan jodoh kamu , terima dengan redha . Allah tetap menjaminkan kebahagiaan korang dengan insan yang lebih layak (: 
 


A Loving Heart is The Beginning of All Knowledge

 
NUKILAN NURUL SYUHADAH ARIADI