skip to main |
skip to sidebar
Alhamdulillah.
Dah masuk tahun baru 2016. Entry baru bermula dengan azam baru.
Tak berhenti melafazkan rasa syukur kehadrat Ilahi. Sebulan selepas Viva, Adah diterima kerja di company yang tidak lah sebesar mana, tapi telah berikan peluang untuk Adah mengaplikasikan setiap ilmu yang dibelajar ketika Diploma dan Degree.
Position yang ditawarkan pun tidak lari dari Course yang Adah belajar ketika Dip dan Degree.
Pejam celik pejam celik, dah 6 bulan kerja disini. Rentak kerja pun kita dah tahu.
Rutin harian setiap pagi memantau staff, bertanya khabar, belum lagi dengan menjadi jam loceng bos utk meeting-2 penting. Performance Appraisal and KPI pun sudah dilaksanakan.
Alhamdulillah, tak sampai setahun kerja disini, tapi rezeki sentiasa mencurah-curah.
In Sha Allah, bulan 6 ni ade review khas untuk Adah sebelum bertukar position dan melangkah setapak lagi kehadapan.
Semoga Adah diberikan kesihatan dan kecergasan dalam melaksanakan tugas yang telah diamanahkan sepanjang bekerja disini.
Tahun 2016 adalah tahun untuk mengumpul duit. Semoga hasilnya nanti sesuatu yang penuh manis menanti ditahun 2017. In sha Allah.
Salam rindu buat yang membaca senyap-2 (kekasihhati) .
A Loving Heart is The Beginning of All Knowledge
NUKILAN NURUL SYUHADAH ARIADI