- Usaii memandikan jenazah , aku juga yang mengkapankan. Dan aku sempat mencium jenazah. Ya Allah, wangiiiiii. Maksu sangat wangi, muka maksu bersih, semua orang kat situ tegur. Smua ustazah yang terlibat memandikan arwah Maksu pun puji arwah putih bersih dan wangi. Alhamdulillah, terima kasih Allah. Engkau pemudahkan urusan kami.
- Ketika ditanah perkuburan, selepas membaca talkin dan doa, ibu pengsan. Allah, besar sungguh dugaan-Mu pada kami. Kami kehilangan arwah yang sangat rapat dan baik. Dan ibu pula dimasukkan ke hospital sehari selepas arwah meninggal.
11 November 2014
Maksu, kini dah 17hari maksu tinggalkan akak, tinggalkan kami. Akak tak sempat jaga maksu ketika sakit. Akak tak sempat nak tengok maksu senyum buat kali terakhir. Akak tak sempat nak dengar gelak tawa maksu. Akak tak sempat buat semua tuh, maksu. Banyak kali akak rasa menyesal. Banyak kali akak mengeluh, tapi ramai orang nasihatkan akak, ramai org suruh akak bersabar, dan ramai sangat-2 orang cakap "Maksu terlalu sayangkan kakak dan baby, sebab tuh hanya kakak dan baby yang tak sempat tengok maksu nazak. Hanya kami berdua yg tak dapat tengok maksu melelapkan mata buat kali terakhir. Hanya kami. Sebab apa? Sebab Maksu tak nak kami sedih tengok maksu terlantar kan????" Akak terlalu sayangkan maksu. Setiap kali akak masuk bilik, akak tengok tempat maksu baring selalu disebelah kakak, akak buka almari maksu, akak tengok gambar2 dalam telefon maksu, dan akak baring dan cium tempat terakhir maksu menghembuskan nafas terakhir. Terlalu perit untuk menerima yg maksu dah tak ada. Tapi akak redha, maksu. Akak redha. Moga maksu tenang di sana. Akak sayangkan maksu. AL-FATIHAH buat ROSLINDA BINTI ALI.