Wednesday, December 26, 2012

RESIPI : DURIAN CREPE


Holla , guys :)

Hari ni adah nak share about "Durian Crepe recipe".

Poyo kan ? hehe

Walaupun adah tahu ramai yg dah tahu buat benda ni , 

tapi tak kira gak ! nak share jugak ! huhu .

Oryte , kita mulakan dgn bahan-2 terlebih dulu :)

BAHAN - BAHAN :

100 gram Tepung Kek (Tepung Gandum pon boleh)
2 sudu besar  Tepung Ubi
4 sudu besar Gula Kastor (Gula halus pon boleh)
2 biji telur (Ofcoz telur ayam aww )
80 ml Fresh Milk (Santan pon boleh)
160 ml Air
6 sudu besar Butter (dicairkan)
1 sudu kecil Esen Vanilla
Pewarna (ikut suka nak warna apa)

UNTUK FILLING :
Whipping cream (NON-DIARY WHIPPING )
Durian (yg telah dilecek)












CARA-CARA NYA :

1.  Masukkan tepung , gula, tepung ubi ke dalam mangkuk adunan.
2.  Masukkan telur yg telah dipukul . 
3.  Gaulakn dan masukkan susu dan air .
4.  MAsukkan butter yg telah dicairkan tadi dan pewarna . 
5.  Kacau sehingga sebati . 
6.  Akhir sekali , tapiskan .

Sehingga jadi macam ni :



Kemudian , masak lah di atas kuali anti lekat ( Non stick pan)

**Make sure jangan diterbalikkan aw . 

Masak satu bahagian saje . 

KEmudian , letakkan secara terbalik di atas pinggan .
(yg cantik tuh di bawah , dan yg ade kerak-2 tuh di atas)

Then letakkan lah filling macam biasa . 

Whipping cream yg telahh dipukul shingga kental .

dan letakkan durian . 

**MAAF SEBAB TAK ADA GAMBAR . LUPA NAK CAPTURE :)

Then lipatkan laa macam nak lipat baju . 

Hasilnyaaa


 hihi, sory laa . 

Bentuk agak tak cantik . 
first time buat !

Tapi rasa nyaa . Nyummyyy !

OKEY , SELAMAT MENCUBA :)

*Anything, just asking . 

yg penat mencoret ,
N.S.A


A Loving Heart is The Beginning of All Knowledge

0 Comments:

 
NUKILAN NURUL SYUHADAH ARIADI