skip to main |
skip to sidebar
Penjual yg rajin akan seronok melayan pembelinya.
Lebih peramah melayan pelanggannya.
Agak mesra bertanya kemahuan mereka.
Namun.....
Penjual yg malas akan selalu mencari alasan.
Lebih gemar melayan ala-ala sahaja.
Bila ditanya, acuh tak acuh jawapannya.
Sakit hati bukan?
Penjual yg baik akan selalu memenuhi permintaan pembeli.
Akan cuba mengelakkan perkataan "tiada" ataupun "habis",
Namun......
Penjual yg tak ikhlas mudah memberi alasan kepada pembeli.
Ringan mengatakan "lambat siap", "kena tunggu", "dah habis stock".
Mungkin mereka lupa, customer itu lah rezeki yg Allah turunkan pd mereka.
Mungkin mereka alpa, customer lah penyumbang ekonomi mereka.
Mungkin juga mereka sudah biasa, menolak sesuatu yg memberi keuntungan pd mereka.
Renung-renungkanlah wahai penjual, dan bersabar lah wahai pembeli.
A Loving Heart is The Beginning of All Knowledge
Sikap penumpang yg menyakitkan hati.
Beli tiket dah ada nombor tempat masing-2.
Semua harga tiket sama, depan belakang, single or double, still sama.
Tapi sikap penumpang yg berlagak, sombong , dan pentingkan diri.
Seat di tiket berlainan dgn seat yg di duduk.
Bila ditegur, jawabnya "duduk sahaja dimana-mana".
Oh mudahnya berkata kata.
Bila kita duduk seat org lain, org lain pun menghalau kita.
Akhirnya kita berdiri seperti penumpang haram tanpa tiket.
Malu itu sudah semestinya.
Namun si penumpang kurang ajar tadi masih mampu buat muka tak bersalah.
Oh sakitnya hati.
Sakitnya bertambah bila dia menjeling dan menjegilkan matanya pada kita.
Eh? siapa ambil tempat siapa?
Musykil musykil.
Agaknya apa yg harus dibalas dgn org sebegini? =='
A Loving Heart is The Beginning of All Knowledge
Di pagi hari, tatkala orang ramai menunggu bas di terminal, dikala berpuluh org berpusu melangkah kaki ke tangga bas, sepasang kekasih mengambil kesempatan utk TERLEBIH mesra.
Tidak perasan sepasang mata, or mungkin berpasang-pasang mata melihat gelagat mereka.
Pada mula nya memaut tangan dan merampas-rampas telefon.
Pabila bas memberi tanda utk bergerak, pasangan tersebut terus berpelukan.
Aksi yg dianggap mengharukan itu ditonton oleh ramai org tidak kira tua atau muda.
Dan aksi itu diulang utk kali kedua bila si gadis menunjukkan ketidak relaan melepaskan si kekasih.
Org ramai mula berpandangan.
Siapakah mereka? pasangan kekasih? atau suami isteri?
Namun bila melihat beg sekolah yg dibawa, dan tudung asrama yg dipakai, ternyata mereka masih
bersekolah.
Mungkin sekolah asrama atau harian biasa. Wallahualam.
Bila kita menjatuhkan hukum yg salah, hukuman tersebut ditanggung diri kita.
Namun andai jika ia benar-benar salah, siapa yg harus menanggung dosa mereka?
Yg melakonkan aksi tersebut, atau yg menonton aksi nya?
Mata mula terkebil-2 dan menoleh ke arah kanak-2 yg berlari memeluk ibunya.
Oh, aksi itu lebih halal utk ditonton :)
Sekian cerita benar hari ini.
21st Dec 2013
A Loving Heart is The Beginning of All Knowledge
NUKILAN NURUL SYUHADAH ARIADI