Showing posts with label ABOUT ME. Show all posts
Showing posts with label ABOUT ME. Show all posts

Saturday, April 25, 2015

A BIG BIRTHDAY SURPRISE FOR ME


Alhamdulillah, 23 tahun sudah. 

"Terima kasih Allah kerana KAU berikan aku peluang dan lebih masa untuk hidup bersama dan berdamping dengan orang-2 yang aku sayang.  Alhamdulillah. "

26 March 2015 (sebulan lepas. hehe)

Bermacam-macam surprise yang Adah terima.  Bermula seminggu sebelum hari lahir Adah, 
Din rupa-rupanya dah merancang untuk berikan Adah teddy bear besar.  Teddy bear yang Adah pernah minta dekat dia 2 tahun lepas, iaitu sebelum Adah konvo Diploma. 

Din tak pernah buat surprise mahupun bagi hadiah dekat Adah.  Tapi sejak dia kerja, apa yang Adah minta, sebolehnya dia tunaikan.  Kalau dulu, dia hanya mampu korbankan masa nya untuk Adah.  Tapi kini, wang ringgit, duit gaji hasil titik peluh dia, sanggup dia spend kan untuk Adah.  You know what, I never expect he will give this to me.  It was very very a big present for me. 

 

"Sayang, dlu ayang pernah minta.  Tapi abang tak mampu lagi nak bagi ayang.  Sekarang baru abang boleh bagi hadiah ni dekat sayang.  Walaupun nampak macam budak-2, tp abang harap ayang suka"

Allah, suka, wak! saya suka sangat2.  Terharu dengan effort awak tuh.  Moga awak dilimpahkan lagi rezeki yang berlipat ganda supaya lepas ni macam-2 surprise saya dapat. hehe (gurau-gurau jer).

Dua hari lepas dapat hadiah dari Din, aku dapat bungkusan misteri yang agak besar laa jugak.  Aku pelik.  Tak de pulak aku shopping online on that week.  Tetiba je, haaa, terpampang depan mata time balik kerja.  Tapi malangnya owner dah tinggalkan note kat situ 



"Sila buka tepat pada hari lahir awak"

Ececehhh, menguji kesabaran kita betul laa ! haahaha. Disebabkan Adah ni tak reti nak menolak permintaa, so kita tunggu laa malam hari jadi. 

Tadaaa, this present from my bff since secondary school.  She one of important person in my life.  Yg selalu ada saat jatuh, tergolek dan juga tengah terbang (hehe).  Adah tak mungkin sekuat ini untuk menghadapi stiap dugaan sepanjang menjadi dewasa ni, jika tanpa dia disisi Adah.  

"Thank you, Ina.  I love you.  Moga-2 urusan bersalin baby sulong nanti dipermudahkan. Aamin. "

The next surprise is a day before my birthday.  Tak sangka time ni Ibu dan Abah komplot sekali.  Beria suruh kita mandi cepat-2 lepas balik kerja sebab kawan ibu nak datang (KONONNYE). hahahah. tapi sebenarnya my BFF since Diploma yang datang.  hehe.  Bawak kek dan hadiah sekali kauu. 



 Sesungguhnya, Adah sangat-2 lah hargai setiap tindakan atau cubaan mereka untuk menggembirakan Adah setelah terlalu berat diri Adah melawan rasa kecewa dan terkilan selepas kehilangan arwah Maksu (Al-Fatihah).

Terima kasih sayang. terima kasih semuanya.  Terima kasih diatas setiap kejutan, hadiah dan kenangan manis yang ditinggalkan.  Moga ukhuwah yang terjalin ini kekal hingga tua.  



"Maksu, tahun pertama.  Tahun pertama tiada panggilan telefon mahupun sms dari maksu utk wish hari jadi kakak.  Akak rindu maksu.  Maksu, maafkan kakak.  Kakak sayang maksu.  Terlalu sayang. Akak selalu doakan semoga Maksu ditempatkan dikalangan orang-2 yang beriman.  Aameen"


A Loving Heart is The Beginning of All Knowledge

Tuesday, September 3, 2013

LUPA


Dah sebulan mengira hari dan waktu. Plan macam-macam, sebab this week dia nak datang Puchong.  Sgt excited lah kan.  Awal2 dah mintak Izin Abah dan Ibu, mereka okay jer. 

Tapi tuh la, dok sedap2 plan, tengok2 hari ni dah 3september. UPSSSS ! Both of us forgot something. Yup, our Friendship anniversary. HAHAHA. Debaran nak date punya pasal, tarikh yg selalu ingat tuh terus lupa. 

Tapi tak apa, dah siapkan card utk dia. Malam ni I update k? :) Macam biasa, Adah buat anything mesti learn from youtube.  Ambil ilham la katakan . hehe. k laa, hujan. Stay tuned tonight ! Assalamualaikum.


*Happy Friendship Anniversary , my dear :)




A Loving Heart is The Beginning of All Knowledge

Friday, August 23, 2013

DUIT GAJI




Bila time nak dapat gaji, kita paling happy.  Segala penat lelah sebulan terbayar. Tapi ada juga rasa sedih, sebab duit gaji tersebut akan mengalir seperti air. Nak buat duit susah, nak habiskan duit mudah. 

Dari zaman lepasan SPM sehingga dah masuk Degree ni, setiap kali kerja or buat part time, bila dapat gaji mesti bgi ibu SEPARUH duit gaji tuh. Then ada baki baru la belanja adik-2 dan keperluan sendiri. 

Duit yg dah bagi dekat Ibu tuh, tak tahu la ibu gunakan macam mana, yg penting dah lepas tanggungjawab sebagai anak :)

So korang macam mana pulak? Duit gaji tuh buat apa? hehe. 


p/s: Duit gaji memang tak pernah cukup Y___Y


A Loving Heart is The Beginning of All Knowledge

Tuesday, August 20, 2013

GAMBAR SEKITAR MAJLIS KENDURI/JAMUAN HARI RAYA/JAMUAN HARI LAHIR


Pada 18/08/2013 telah berlangsung satu majlis yg agak besar bagi keluarga En. Ariadi, dimana 3 majlis dijalankan serentak dan ramai tetamu yg hadir sehingga ada yg terpaksa menunggu giliran utk mengambil tempat duduk dan makan. 

Apa-apa pun, terima kasih pada yg hadir, dan yg tidak sempat hadir pada hari tersebut, tak mengapa.  Setiap tahun Adah buat rumah terbuka hari raya, cuma mungkin tak sebesar seperti majlis semalam. Walaubagaimanapun, anda dialu-alukan utk mengunjungi rumah Adah.  














Okay, ini sahaja gambar sekitar majlis. tak larat nak letak description satu per satu pada gambar. Btw, thanks for reading :)


A Loving Heart is The Beginning of All Knowledge

Monday, August 12, 2013

BERAYA SAKAN EIDULFITRI 2013 / 1434 HIJRAH

Maaf, dah lama tak update blog. Sibuk beraya dari Raya pertama sampai raya ke5.  Hari ni tak nak taip panjang sangat, sebab sibuk lagi ni, nak kena buat aturcara majlis utk kenduri Ahad ni.  Haa, entry ttg kenduri akan diceritakan dikemudian hari k ? Enjoy laa gambar raya dulu.
Tahun ni ada 6 pasang baju raya. baru pakai 4, ade lagi 2 pasang masih tergantung. Jom tengok :)
Baju kurung Moden.
Raya pertama : Tema Oren

Motif: tunjuk handbag baru. 
Kiri : Jenama Korea
Kanan : Furla 



Gambar keluarga without Ibu :) 
Upss, jgn pkir bukan2, my Ibu doing something else.


Raya kedua : Kurung Moden.
Corak vintage bunga2 kecil.
Balik kampung. 


Bergurau senda with Abah dan Kak chik.


Safely arrived hometown.
Lokasi: Slim River


Candid picture with aunties ! 
Maklang wearing red's Hijab.
Maksu wearing Blue's Hijab.


Suasan kampung. 
Lokasi: Rumah Nek Uda


Raya ketiga : Peplum Saloma.



I love this peplum. unique and it's not too tight !


Raya kelima
Baju kurung Pahang. 
My 4th collection Baju Raya.


On my way to Hulu Langat.


Candid with Maklang during 1st Hari Raya.


Candid with cousin at "Rumak Tok Teh"


Super womens in my family. 

My mom's sibling and her sister in law.


Me with lovely cousin .


Ibu dan Abah with Atok dan Nenek.


Husband and Wife


THE END :)


A Loving Heart is The Beginning of All Knowledge

Saturday, July 20, 2013

AKU DAN KHILAFKU


Aku sedar khilafku, 
Aku akur akan silamku
Aku punca apa yg telah berlaku

Aku malu
Dan terus membisu
Aku fikir mereka tahu
Aku sedang menanggung pilu

Aku cuba mengaku
Aku tidak ingin bersekutu
Aku sebenarnya langsung tidak setuju
Namun dimana harus ku mula dahulu?

Aku terpaku
Dek kesilapan lamaku
Aku jadi kaku
Menangis dipenjuru
Mengharap insan datang membantu


A Loving Heart is The Beginning of All Knowledge

Sunday, June 16, 2013

HAPPY FATHER'S DAY, ABAH


Tengah kusyuk menekan kalkulator, mengira dan menganalisis financial statement untuk company Telekom, tetiba telefon berbunyi, panggilan dari Ibu. :)

"Assalamualaikum. Tengah buat apa , kak? Kami on the way pergi Melaka.  Siap-2 laa, kita keluar makan"

Ya Allah, sangat terharu.  Hanya Allah yg tahu macam mana perasaan Adah time tuh.  Di saat Adah sibuk menghadap segala test , assignment and presentation, sehingga Adah tak ada masa untuk bersuka ria dan pulang ke rumah, Ibu dan Abah sanggup meluangkan masa mereka dengan meredah 2 jam perjalanan dari Puchong ke Melaka :) Thank you so much. 

Lagi satu surprise, bila Adah punya laa tunggu kereta Toyota Avanza Abah, rupa-2 nya diorang tiba dengan kereta Myvi baru Abang Zul ^^, Speechless sangat-2.  At the end of this story, Adah akan cerita kenapa Adah teruja :)  Kita layan gambar dulu.








Okay, why Adah teruja ?

  • Sebab Adah tahu ibu dah lama teringin makan kat Seoul Garden, tp ibu tak nak pergi kalau tak ada Adah. That is one of the reason why Ibu willing to come here, Malacca :)

  • Sebab Abg Zul baru beli kereta, semua org dah pernah naik. except me. sebab belajar jauh.  So that's why tadi dorang dtg tak bawak Avanza.  Sedangkan kereta avanza lagi besar.  Dorang bawak Myvi sebab nak bagi Adah merasa naik kereta baru :')

  • Hari ni kan Hari Bapa. Ikutkan, Ibu nak datang minggu depan .  Tapi disebabkan nak celebrate hari bapa dgn Adah sekali, ibu sanggup dtg minggu ni.  Adah tahu Ibu tak kan sambut apa-2 event without Adah ^^,
The point is, Ibu and Abah sayang Adah sangat2, and me too :) Adah tak dapat describe how much I care and love my family.  They are my soulmate and my life.  Seriously Adah sangat beruntung dapat mereka semua as  my family.


A Loving Heart is The Beginning of All Knowledge

 
NUKILAN NURUL SYUHADAH ARIADI