Showing posts with label SOAL HATI. Show all posts
Showing posts with label SOAL HATI. Show all posts

Friday, July 26, 2013

BERSAHABAT ITU INDAH


Tiba-tiba hati sebak. Bergenang airmata bila dapat berita, salah seorang kawan pada mulanya, yg Adah kenali di Jengka, kini ditawarkan menyambung pelajaran nya di UiTM Kedah.  Alhamdulillah, memang Adah bersyukur dan gembira kerana dia ditawarkan utk menyambung pelajarannya, cuma yg Adah sedih, dia makin jauh dgn Adah Y___Y

Dia orang perak.  Kami kenal dari mula-mula Adah masuk U. Dia yg sentiasa ada saat susah dan senang. Lepas Adah habis study dulu, dia masih disemester akhir. dan kini, kami sama2 graduate. Tapi dia telah ditawarkan ke UiTM Kedah, manakala Adah sekarang menuntut di UitM Melaka.  Jarak memisahkan kami.  Sedih Y___Y

Bersahabat itu indah jika tiada rasa syak wasangka dan curiga dalam persahabatan.  Ia lebih indah bila persahabatan itu diisi dengan gelak tawa dan kenangan-2 manis.  Ya Allah, sungguh Adah rindukan dia.  Adah pun rindukan sahabat Adah dari Pulau Pinang.  Kedua-duanya sahabat yg paling Adah rapat dan tak pernah sekali mereka sakitkan hati Adah. Tapi sekarang kami jauh. Y___Y

Rasa sepi. rasa rindu. rasa kesal. Semua rasa itu bermain didada, menyesakkan jiwa dan hati.  Sebak. Sedih. Pertemuan yg tidak disangka, dan perpisahan yg tidak diminta.

Sahabat, 
Andai aku menyinggung rasa mu, 
Maafkanlah. 
Andai aku membelakangkan mu, 
Maafkanlah. 
Dan 
Andai aku membohongi mu, 
Maafkanlah. 

Sahabat, 
Kita berbeza negeri, 
Namun menjadi rapat hingga kini,
Walau jarak itu pemisah, 
Namun HATI kita penyambung satu RASA, 
Rasa yg dipanggil RINDU. 

Sahabat,
Mengenalimu tidak pernah aku kesali,
Mencoret kenangan bersamamu, 
Itu yg aku rindui.
Memori itu kekal diingatan, 
Sentiasa dikenangkan, 
Dan akan selalu tersimpan, 
Menjadi satu kenangan berharga seumur hidup.

Sahabat, 
10 jari ku susun, 
Memohon maaf dan ampun, 
Aku manusia yg kurang sempurna, 
Yg sering melakukan kekhilafan, 
Dalam sedar atau tidak.
Maafkan lah salahku sepanjang kita bersahabat. 

Ikhlas dari hati, 
-Adah-





NURUL HUDA & FILZAH IZZATI :')

Wassalam.


A Loving Heart is The Beginning of All Knowledge

Friday, June 21, 2013

ASAM GARAM DI DUNIA


Kita diduga dengan derita, 
kita di rai dgn bahagia,
segala pahit manis dirasa
Walau tidak seimbang keduanya
namun kita masih bertuah
Merasa indah di dunia sementara
Hidup ceria dihiasi gelak dan tawa
Tidak pernah kita menyangka
Rupanya kita sangat bertuah. 

Hari bersilih hari
Bulan , bintang dan juga matahari
setia sebagai pemerhati
memandang kita sebagai saksi
Pencinta berhemah alam ini. 
Walau diuji beribu kali
Teguh nya iman kekal dihati
Melawan segala duri yg menikam diri
Merawat semua sisa luka yg lama bersepi
Sesungguhnya kita masih mampu berbakti
Berbakti kepada diri sendiri
Menjadi cekal dan insan sejati 
dalam mencari redha Ilahi

Nukilan N.S.A


A Loving Heart is The Beginning of All Knowledge

Wednesday, June 19, 2013

WORDLESS WEDNESDAY ~ MOTIVATION








sumber: Google
P/s: Semoga gambar ini mampu menyampaikan maksud tersirat yg tersimpan rapi di hati. 

Semoga Allah membantu kita dalam melawan rasa putus asa di dalam diri.  Sesungguhnya kejayaan itu tidak dapat digapai tanpa usaha yg berterusan.









A Loving Heart is The Beginning of All Knowledge

Saturday, October 27, 2012

Duhai hati T__T



Percayalah, 

kadang-kala hati ini perlu terguris,

kadang-kala jiwa ini perlu terluka,

kadang-kala senyuman itu perlu dipaksa-paksa,

kadang-kala ketawa perlu di jaga-jaga.

kadang-kala diam itu lebih baik,

kadang-kala menyayangi itu satu bisa,

kadang-kala mencintai itu ada curiga,

kadang-kala kesakitan perlu dirasa,

kadang-kala bahagia itu bukan selalu milik kita . 

KENAPA ?

Kerna kadang-kala kita perlu berwaspada .

Tak semua yg kita harapkan itu indah ,

Takk semua yg kita impikan itu terlaksana ,

dan tak semua yg kita mahukan itu ADA .

JADI ?

Latih la diri untuk bersabar ,

Kuatkan akal dan juga minda ,

Banyakkan tawakal dan juga doa ,

Moga yg dipendam tak sepahit yg di rasa ,

dan moga yg terluah tak menjejaskan hubungan sesama manusia .





Jujur dari HATI yg terluka,
N.S.A


A Loving Heart is The Beginning of All Knowledge

Friday, June 8, 2012

Pelangi .



Pelangi . 
Indah rupa dek bermacam warna .
Di tenung tak jemu .
Dipandang sambil tersenyum . 
Walau hanya hadir setelah hujan . 
Tapi kedatangannya sentiasa di nanti . 

Begitu juga kehidupan . 
Bahagia itu ibarat pelangi . 
Hadirnya setelah dugaan mendatang . 
Kehadirannya di nanti . 
Walau ade luka masih bersisa . 
Tapi bahagia pasti ada . 

Pelangi itu bahagia . 
Bahagia itu juga pelangi . 
Yg di nanti setiap hari . 
Yg di kejar tanpa henti . 
Siapa yg tidak mahu bahagia pada diri ?
Siapa pula yg tidak suka pada pelangi ?
Tiada kan ?

Moral of the story :
Redha dgn kesedihan , atau dugaan yg dtg . 
Kerna pelangi kebahagiaan kelak muncul di hadapan . 
Walau terpaksa menunggu lama . 
Tapi ingat pada kesannya . 
Bakal membuat kita tersenyum setiap masa . 
InsyaAllah . 



P/S untuk dia : Sy tak sedih . sy pasrah . Sy menanti pelangi itu . Walau hadirnya hanya sekejap , kemudian pelangi itu akan hilang , TAPI sy tahu pelangi itu akan muncul kembali . Pelangi tidak akan hilang selamanya , sehingga Israfel meniup sangkakala :')



A Loving Heart is The Beginning of All Knowledge

Thursday, June 7, 2012

Allah Merancang dan Mengatur , AKU redha :')




Aku diam , aku membisu .
Tapi tak bermakna tiada rasa pilu . 
Aku senyum , aku ketawa . 
Tapi tak bermakna tiada rasa kecewa . 

Mungkin aku pasrah . 
Tiada guna pun menyimpan rasa amarah . 
Walau hati aku mula parah , 
Tapi aku tak nak berbalahhh . 

Aku tahu rancangan Allah yg terbaik . 
Teratur dan paling terancang . 
JAdi aku redha . 
Mungkin belum masa nya untuk kita berjumpa . :')

Saat dan ketika ini , 
Tiada sesiapa yg memahami rasa hati , 
Tiada sesiapa yg tahu cerita di sanubari ,
Semua nya hanya melayan rasa sendiri . 

Kini aku kelu , 
tiada apa yg aku tahu , 
berdiam dan terus bisukan apa yg terbuku ?
Ataupun luahkan semua yg terasa ?
Agar hatii bisa kembali seperti biasa ?
hmm . 




A Loving Heart is The Beginning of All Knowledge

Thursday, May 3, 2012

Keluhan Hati




Alahaii , hati . Rasa sayu jer hari nie . Baru semalam rasa sedikit gembira bila kesihatan dah semakin pulih dan menunjukkan kesan positif selepas mengambil ubat Antibiotic . But hari ini , sekali lagi diri ini di uji dengan kesakitan yg tiada tanda untuk berakhir . Kesakitan yg di rasa sejak zaman sekolah , sejak mula-2 melangkah ke alam "Dewasa" , sehingga lah kini . Sudah hampir 8 tahun kesakitan ini hadir dalam hidupku .

Penat , lelah dalam menahan sakit yg amat perit . Mungkin bunyi macam ringan , tapi beban diri yg memikul , terasa betapa beratnya kesakitan yg tiada tahu apa puncanya ini . Ubat ? Dah jadi teman baik sepanjang kesakitan ini hadir dalam diri . Ingat lagi , ketika di bangku sekolah . Satu sekolah , termasuk cikgu-2 dan pelajar2 nakal tahu akan kesakitan ku . Mana mungkin mereka tidak tahu , kalau setiap bulan ibu bapa ku akan hadir ke sekolah membawa aku pulang dengan tangisan dan raut wajah yg pucat menahan sakit . 

Klinik ? Bukan tak pernah pergi , tapi dah jemu mengunjungi nye . Kesakitan ini tetap tiada tahu puncanya . Sampai satu tahap , tekanan darah rendah , dan mula laa muntah-muntah . Masih ingat lagi , aku pikir , menginjak ke alam Universiti , mungkin kesakitan ini akan berkurang , namun jangkaan ku melesit sama sekali . Ia makin teruk , sehingga kan aku terpaksa pontengkan diri untuk menghadiri kuliah . 

Dan hari ini , ia dtg kembali . Dtg memberikan aku satu tangisan yg tiada penghujung . Datang dengan membawa satu beban yg tiada mampu untuk aku memikul . Sungguh , tidak sekali aku melawan takdir Allah s.W.T . Mungkin aku hanya memohon agar kesakitan ini dikurangkan . T___T  Tak tertanggung rasa nya badan ini . Lemah tak terdaya . Mata ingin terpejam , badan ingin berbaring lemah di katil . 

Ya Allah , temukanlah aku dengan jalan penyelesaian kepada kesakitan ini . bawalah aku ke jalan keluar , sebelum umur ku menginjak ke 25 tahun . Aku mohon padaMu , Ya Allah :') Aku ingin merasa bebas seperti insan di luar sana . yg boleh melakukan aktiviti lasak , yg boleh mengangkat brg2 yg berat , dan boleh melaksanakan kerja denga mudah . Tapi dengan keadaan aku yg begini , membataskan diri ini untuk melakukan sesuatu aktiviti . Berlari ? Mana mungkin aku berlari , ia hanya akan buatkan rahimku sakit . 



Terhentak , terduduk secara tanpa kawalan , mengangkat benda yg berat , itu semua akan mengganggu tahap kesakitan ku . Ingat lagi , ketika Event di Universiti . Satu kelas bergotong royong mengangkat khemah untuk di alihkan ke tempat lain . Aku turut menolong mengangkat satu tiang di penghujung bersama dua lagi teman . Tapi entah mana silapanya , tiang yg diangkat oleh tanganku terlepas . Bunyi dentuman kuat terhentak . Raut wajah rakan-2 ku terkejut . Seolah-olah satu kesalahan berat telah aku lakukan . Tapi ternyata bukan . Aku terus memegang perutku , yg tiba2 terasa tegang , terasa sakit . Dan rakan kelas ku mula menarik tanganku keluar dari khemah dgn memarahi aku , kerana berdegil untuk membantu mereka . Mereka tahu akan kesakitan ku , dan mereka pernah melihat bagaimana aku menahan rasa sakit seperti nyawa di hujung tanduk , mungkin itu yg menyyebabkan mereka terlalu merisaukan perihal keselamatan ku . 

Dan ingat pula aku sewaktu minggu peperiksaan akhir . Tiba-2 perutku sakit , rahimku tegang , seperti ada yg menarik . Aku berlari ke tandas , anggapanku mungkin sakit perut sebab makan banyak , namun ternyata melesit . Sekali lagi aku merasa kesakitan yg teramat . Rahim ku sakit  tegang se tegangnye . Aku cuba memanggil nama rakan2 ku dari dalam tandas , namun tiada siapa yg mendengar . Perlahan-2 aku keluar , berjalan perlahan-2 menuju ke pintu bilik . Syukur , ketika itu ada rakan ku yg keluar dari bilik , dan terus memapah aku masuk ke bilik . Mahu di duduk , tidak boleh . mahhu di baringkan pun tidak boleh . Menangis jer laa aku , seperti sekarang . hanya mampu menangis mencoretkan kisah ini , sambil menahan rasa sakit . T__T

**Mungkin aku sedang di uji . Wahai diri , bersabarlah dengan ujian sekecil ini , kerna mungkin di hadapan sana masih ada lagi ujian yg besar yg sedang menunggumu . :')



A Loving Heart is The Beginning of All Knowledge

Sunday, April 22, 2012

Kaum ADAM wajib Baca (!)


Sebelum mata tertutup , sebelum roh keluar dari jasad , dan sebelum tubuh 
terbaring kaku di tempat sepatutnya , 
izinkan lah adah mencoret sebuah lagi entry pada hari nie . 

#Cewahhh , ayat nak gempak ! Geli makk . hehe :D PEACE !! 

Tak nak merapu banyak2 :)
Baca lah entry kat bawah nie ye ? 
Adah copy from someone ^^,

ISTERI TAK BEKERJA?

Kaunselor : Apakah pekerjaan Encik Zainal?
Encik Zainal : Saya bekerja sebagai Akauntan di sebuah Bank.
Kaunselor : Halimah pula?
Encik Zainal : Dia tidak bekerja. Hanya suri rumah sahaja.
Kaunselor : Tiap-tiap pagi siapa yang sediakan sarapan pagi?
Encik Zainal : Halimah yang sediakan sebab dia tak kerja.
Kaunselor : Pukul berapa Halimah bangun untuk sediakan sarapan??
Encik Zainal : Pukul 5 pagi dia bangun kerana saya akan keluar bekerja pada pukul 6.30 pagi.
Kaunselor : Anak-anak encik Zainal ke sekolah bagaimana??
Encik Zainal : Halimah yang hantar sebab dia tidak bekerja.
Kaunselor : Selepas hantar anak-anak, Halimah buat apa?
Encik Zainal : Pergi ke pasar, kemudian balik rumah untuk memasak dan kemas rumah. Halimah kan tak bekerja.
Kaunselor : Petang hari selepas Encik Zainal balik rumah, apa yang Encik Zainal lakukan?
Encik Zainal : Balik berehat, kerana seharian saya penat bekerja.
Kaunselor : Apa Halimah buat?
Encik Zainal : Sediakan makanan, melayan anak, mengemas dan dia juga mengambil upah menjahit. Dia menjahit sehingga lewat malam kerana dia tidak bekerja.

Berdasarkan cerita di atas, anda rasa siapa yang lebih banyak bekerja?? Rutin sehatian Halimah bermula dari sebelum Subuh sehingga lewat malam, itu juga dikatakan TIDAK BEKERJA?? Suri rumah memang tidak perlukan segulung ijazah atau pangkat yang besar, tetapi peranan suri rumah sangat penting!
Dah habis baca ? Alhamdulillah . so tunggu ape lagi ? Jom komen and luahkan pendapat Anda !! :))


A Loving Heart is The Beginning of All Knowledge

Friday, April 6, 2012

"Bila Hati Berbicara"





♥ Bila satu rasa tersemai , bermakna kita bermain dengan perasaan. 

Bila dua jiwa mula merasa , bermakna kita mula utk pergi jauhh .

Bila hati pula bertaut , kita perlu berwaspada . 

Bukan apa , takut tersalah mencatu ape yg tak sepatutnye berlaku. ♥


♥ Mungkin org cakap dua jiwa menjadi satu .

Tapi andai satu jiwa mula beralih arah , adakah ia akan bersatu ?

Berkasih mungkin mudah , tapi berMADU kasih bukan sesuatu yg indah ,

Diluar nampak tabah , di dalam jiwa parahh !

Sebaris kesetiaan perlu di pertaruhkan .

Andai tak mampu , jgn berumah di tepi pantai , takut kelak di landa ombak. ♥


♥ Begitu juga ssuatu hubungan . 

Jangan berani bermain dgn api , kalau tak mahu terbakar di kelak hari . 

Memperjudikan perasaan bukan sesuatu yg biasa .

Ia ibarat anda bertaruh masa hadapan . 

Andai diri bertuah , cerah la masa hadapan .

Andai sebaliknya , bangkitlah mencari sinar yg baru . ♥


♥ Adat dalam berkasih , 

"Bukan Selamanya tetap sama , kasih boleh berubah . Begitu juga iman seseorang . Berubah nya kasih , bermakna kita perlu melangkah setapak kehadapan . Namun, bukan lagi mencari KASIH , kita perlu mencari CINTA"

Cinta yg hakiki , yg kekal Abadi :)) ♥




"Ya Allah, jika dia jodohku , KAU dekatkanlah hatinya dgn hatiku . Jika benar aku lah tulang rusuknya yg hilang itu , KAU tautkan lah hati kami kembali , agar aku dapat lengkapkan hidupnya dgn tulang rusuk ini. Dan andai benar dia lah Adam yg di ciptakan bersama aku , KAU satukan lah kami dgn satu perasaan yg tidak lebih dari yg ENGKAU kehendaki . Sesungguhnya hanya ENGKAU yg Maha Mendengar setiap doa hambaMU ini , Engkau Maha Melihat dan Maha Mengetahui apa yg tersirat dan tersurat yg terbuku di hati ini. Amin amin Ya Rabbal A'lamin "
♥ ♥ ♥ 


A Loving Heart is The Beginning of All Knowledge

Saturday, March 10, 2012

HATI @ HEART (!)


w.b.t

Selamat pagi , petang , siang dan malam , KORANG ! :D
hehe . semoga readers sihat-2 selalu . 
Adah ? Emmm , Alhamdulillah , hari ni terlebih sihat . 
hehe , Kalau tak sihat , tak kan boleh pergi shoping dekat Times Square hari nie kan ?
^___^

Wahhhh , dah dua minggu tak shopping . 
Rasa macam dah bertahun aww . So tadi tuh lepas gian lah kan . 
Perhiasan dari atas kepala sehingga ke kaki , semua nak beli baru . 
Adoiiiii ! bankrup ibu and abah . hihihi . 
#tak pa lah abah , sabar ye dpt anak macam kakak nie ! 

Hehe , by the way . Teringat pulak pesan ibu bulan lepas aw !
"Kakak , semalam abah pesan dekat ibu , kakak tuh kena berjimat . Jgn shoping jer . 
Tapi abg , dengan adik-2 boleh shoping"
huhuhuhu . kesiannnnnn ! 
T___T

Sebulan aw tak dapat shoping gara-gara takut abah marah . 
So dah sebulan berjimat , hari nie adah balunnn abis lah duit ibu . 
Upssssss ! Tak habis pun k ? Guna sikit jer ! 
hehehehe . 

Thennnn , hari ni adah beli H/P baruuuuu !
jap jap jap ! 
Korang cakap adah untung ???
Untung ape nyee ??
h/p baru tuh bukan untuk adah laahhh . 
Tapi untuk adik adah yg no.3 tuh . Tadi siang h/p dia tercicir kat mana ntah .
Then ibu terus belikan dia h/p baru . 
Haaa , tuh lah korang . Len kali biar adah jelaskan dulu sampai habis . heeee :))

Hurmm , mesti korang pelik kan ? 
Ape kena mengena tajuk kat atas nie dgn ENTRY adah kali nie kan ?
Okey , lets me explain !

Actually , hari nie dalam sejarah aw adah tahan diri ini dari menangis !
Yuppp , before nie kalau nak nangis , adah akan nangis jer . 
TAk reti nak tahan-tahan nie . 
But tak tahu lah kenapa malam nie rasa nak tahan jer . 

Kenapa adah nak nangis ? 
Hmm , susah nak cerita . Rasa nya malas nak bercerita . 
Kalau org lain tuh , sebok nak MENCANANG cerita sana sini kan ???
Sibok nak habaq dekat kawan baik depa tuh , ngumpat sana , ngumpat sini . 
Betul tak ? Tapi sebenarnya kalau kita cerita kat orang lain pun ,
bukan depa boleh selesaikan masalah kita . 
Nanti kta ni dok tambah dosa jer . 

Hurmm , kdg-2 kita nie mmg tak bolehh nak puaskan hati semua pihak . 
Tak boleh nak mengembirakan orang lain .
And amat sukar untuk kita menyenangkan hati orang lain . 
Tapi percayalahhh , 
Kalau kita berjaya menahan rasa marah , 
dan menambah sifat sabar dlm diri , 
InsyaAllah , kita akan menghalang org lain untuk 
menyimpan rasa tidak puas hati terhadap kita .

Takk susah pun . 
Just muhasabah diri .
Berfikiran positif , dan cuba untuk berlagak biasa . 
Hilangkan rasa curiga mu , 
padamkan hasrat dengki mu , 
biarkan hati mu bersih dari dendam yg membara di sudut hati :))

So , ape yang perlu kita buat ??
"SELALU LAH CHECK HATI KITA" :D



Sekian , wasalam .


A Loving Heart is The Beginning of All Knowledge

Tuesday, March 6, 2012

Siapa Aku untuk Menidakkan ape yg Tersurat ?

w.b.t

Penat memikirkan ape yang berlaku , penat juga melemaskan otak ini dengan beribu masalah . Kesian , kau . Sekali kita berchenta , adakah selama nya chenta ? Wallahualam . Cinta itu luas . Cinta yg hakiki , yg abadi , atau cinta hanya duniawi ? 

Sekadar meluahkan ape yg terbuku . Yang menjadi beban di hati selama ini . Mungkin belum tiba masa nya dahulu untuk bercerita . Tapi apakah salah kalau ia bermula pada hari nie ? di sini ? dan pada saat ini ?? Cukup sudah apa yang tersimpan . Tiba pula masa membongkar .

Membongkar segala keinginan hati . Mungkin sukar dipahami semua . Sukar juga untuk diteliti . mana yang baik , mana jugak yg buruk ? mana yang bahagia , mana pula yg derita ? Terkelu lidah untuk menjawab . Sering kali mendengar luahan masalah rakan , mengenai pasangan mereka . Di saat itu , terbit rasa syukur pada diri sendiri . Alhamdulillah , dugaan dan cabaran aku belum lagi sampai ke situ . 

Maaf , tersalah bicara . Bukan belum sampai ke situ , mungkin diri ini pernah mengalami kesukaran . Kesukaran dalam mengharungi erti "perhubungan" . Namun kesukaran dan mimpi ngeri itu sudah pun berakhir . Yang kini tinggal hanya kenangan baru , yang di bina bersama orang yg baru . Tiada apa yg dipinta , melainkan bahagia bersama mereka-mereka yang di cinta . Cukup lah sekali derita yg melanda , kini aku mengharapkan sinar yg mampu menceriakan hari-hari ku . 

Terbaca satu post di facebook ku . Maaf , bukan di wall facebook ku . tapi di wall seorang rakan . Wahh , bahagia sungguh mereka . Meniti hari-hari yang penuh ceria . Mungkin ceria di mata kita ? Tapi di mata mereka ? Hanya mereka yang tahu . 

Terpandang pula satu gambar perkahwinan Artis di Media . Alhamdulillah , bertemu jodoh juga mereka . Sungguh , bertuah nya mereka . Mencintai dan dicintai oleh orang yg di sayangi . Sekali lagi seribu kali syukur melihat kegembiraan mereka di luar sana . Sesungguhnya Allah itu Adil , Dia munculkan dulu hujan , kemudian di serikan dek PELANGI yang indah .

Tapi kenapa hati ini berasa kosong ? Kosong bukan bermakna tiada kegembiraan terbit di jiwa . Kegembiraan masih ada . Disaat melihat keluarga terchenta di sisi , melihat telatah adik-2 yg mencuit hati , dan apabila terhibur dek anak-2 kecik yg dipelihara , yupp , sungguh aku gembira . Kekosongan yg aku maksudkan apabila hati terasa jauhh . Sunyi entah kenapa . 

Teringin juga mencari jawapan . namun tiada jalan penyelesaian . Terkapai-kapai aku cuba bernafas , bernafas dengan seribu satu rasa keraguaan yg terselit di minda . Ya Allah , lemah nya hamba-Mu ini . Terlalu mudah untuk tewas dgn dugaan rasa . terlalu cepat untuk terleka dgn kasih yg sementara , dan terlalu lalai akan kerja yang sia-sia . 

Sudah lah ! Sampai bila memendam rasa yang tidak elok nie ? Biar saja dilepaskan , kelak akan temui seluas rasa ketenangan . jangan biarkan rasa ini mengikat jiwa yg ingin bebas . Jangan biarkan situasi ini merantai keinginan yg ingin di capai . Sedar lah , sayang . Sedarlah dari sebelum terlambat . Sedarlah sebelum hilangnya bumi ini ditelan akhir zaman . Aku doakan kau , sayang . Walau jauh nya diri mu di mata pena ini , tapi tak semudah itu aku melupakan jasa yg pernah kau taburkan pada aku . 

Aku tahu sudah jauh kau melangkah , sejauh aku mengejar bayangmu . Namun sampai bila ? Kehidupan ku kini lebih terurus . Lebih terjamin :) Sekali lagi aku bersyukur . Kamu ? Dari jauh ku hulurkan doa , walau tidak disambut dan didengari olehmu , cukuplah doa itu dimakbulkan oleh Allah s.W.T .  Maaf , tidak termampu untuk menyebut nama mu , tidak sekuat yg aku rasakan selama ini . 

Doakanlah kebahagiaan ku jua . Biarpun aku tahu kau masih menagih kasih dari diri ini . Cukuplah sekadar berlapang dada dengan apa yang tersurat . Siapakah kita untuk menidakkan takdir Allah ? Aku , kau dan dia perlu menerima , perlu belajar untuk menerima kehadiran orang baru . :)

Wallahualam . Kasih sahabat tak akan terputus :)


A Loving Heart is The Beginning of All Knowledge

Monday, February 20, 2012

- Kenapa bila HATI berkata , AKAL terdetik dan MATA akan menangis ? -


w.b.t
 
Kenapa bila HATI berkata , AKAL terdetik dan MATA akan menangis ??
Anyone can answer the questions ?
Hmm , I need someone now . When I saying that , mean I really-2 need someone . 
I can't stop my tears anymore .
I never know why . 
Everytg I do , anywhere I go , I'll cry . 

Seriously , I'm not in mood .  T.T
My heart saying some word in bad sound .
then , MIND begin to think something that is not good . 
Lastly , it force me to cry .
My tears will not stop flowing .
Ya Allah , give me some strength !
I dunt want to loss anyone , anyone that I really LOVE !

Today , the 5th days I start my days with crying . 
Even in the class , or in my room . 
Whether I'm with someone , or I'm alone . 
No body can stop me from crying . 

People in my side will ask "Why Adah?"
but how I want to explain ? If myself , do not know what the real situation is happening ?
Tak pernah rasa sesedih nie . 
NEVER !

I feel something . . . .

Terasa diri ini akan kehilangan seseorang . 
Bila hati dah berkata ITU , 
AKAL ku mula memikirkan sesuatu yang tak baik . 
dan MATA ini semula jadinya akan menangis .
dan terus menangis .
Kadang kala aku sendiri tak sedar . 
Bila ia mengalir , dan bila ia akan berhenti ??  
T.T

But I hope it will stop , one day !

Now I realize , I need to prepare from now to be stronger .
To be more independent.
I should learn, how to control my emotions , how to drive emotions to the right place .

Nurul Syuhadah , you can do it . be strong , my dear !
Listen to your heart , everytg gonna be okey !
InsyaAllah !
"Allah tidak akan menguji hamba-Nya lebih dari kemampuan hamba-Nya itu"
"Terbit rasa RINDU yang teramat pada ibu dan Abah , terbit rasa menyesal akan keterlanjuran kata yang pernah mengguris HATI mereka . and Rsa bersalah menyelubungi diri dengan perangai yg pernah membebani mereka . " I LOVE you , Ibu and Abah ! much of LOVE from your daughter -Nurul Syuhadah binti Ariadi :)




A Loving Heart is The Beginning of All Knowledge

 
NUKILAN NURUL SYUHADAH ARIADI