skip to main |
skip to sidebar
Bismillahirrahmanirrahim.
Dah lama tak coret ape2 dekat blog. Tipu laa kalau kata tak rindu. Rindu memang rindu, tapi masa tu tak ada. Lebih-2 lagi sekarang ni sibuk dengan internship. Allah, banyak sangat-2 kerja. Dengan nenek yang semakin tak sihat lagi, dengan adik2 yang sekolah, macam-2 la. PEnat tuh memang penat, tapi sebenarnya dengan kesibukan dan kepenatan tuh laa serba sedikit dapat la Adah kurangkan diri dari terus bersedih memperingati arwah Maksu.
Assalamualaikum, Maksu.
Maaf, akak dah lama tak berborak pasal maksu. Akak nak bagitahu, hari tuh akak ada pergi melawat maksu dekat rumah baru maksu. Maksu nampak tak? Akak dah bersih-2 kan tempat tidur maksu tuh. Maksu nampak kan?
Maksu......
Akak sedih. Akak rasa sunyi sangat. Sekarang bila akak ade masalah, akak tak dapat luahkan pada sesiapa. Akak sedih, maksu. Sekarang ni akak rasa sesak sangat2. macam-2 yang akak pikir. Macam2 yang akak rasa. Macam2 dugaan yang menimpa. Dari Din, Abah, Ibu, adik-2, satu pun tiada siapa yang boleh dikongsi cerita. Tiada seorang pun yang boleh paham diri akak. Mana maksu?
Maksu..
Hati akak ni sakit sangat-2. hati akak begitu perit. bahu akak rasa dihimpat satu batu yang besar. Kepala akak seperti dilontar satu benda yang besar. Allah, akak terlalu. terlalu terseksa. Tapi akak percaya, Allah S.W.T turunkan dugaan tuh setimpal dengan kekuatan hambaNYA. DIA tahu hambaNYA itu mampu menghadapi dan mengharungi semua dugaan tuh.. In sha Allah.
***maaf, akak tak dapat teruskan. airmata ni tak berhenti mengalir. Ada sesuatu yg akak rahsiakan pd Maksu. In sha Allah, ade masa malam karang akak citer. Maafkan akk ye, maksu.
Assalamualaikum. Al-Fatihah utk Maksu.
A Loving Heart is The Beginning of All Knowledge
Assalamualaikum, Maksu.....
Maksu, hari ni akak free. So saje je nak cerita pasal Maksu. Akak rindu laa dekat maksu. macam terbayang-2 je wajah dan senyuman maksu.
Maksu....
Ramai org mesti tertanya-tanya kenapa akak terlalu sedih sangat bila maksu dah tinggalkan akk buat selamanya kan? Mereka tak tahu apa hubungan Maksu dengan kakak dan adik beradik lain. Mereka tak tahu betapa akrabnya kita, kan Maksu ?
Akak ingat lagi maksu... saat ibu dan abah sibuk bekerja pagi petang siang malam, Maksu dan nenek yang jaga kami dekat rumah. Maksu masakkan pelbagai lauk kegemaran kami. Maksu tahu kesemua apa yang kami suka atau tak.
Setiap kali ada orang suapkan akak makan, akak teringat cara maksu suapkan akak makan. Setiap kali nak pergi sekolah, akak mesti nak maksu suapkan makan, walaupun akak boleh je makan sendiri. Tapi maksu tak marah pun. Sampai ke besar, sampai umur akak meningkat 20an, maksu still suapkan akak makan lagi. hehe. Manja kan akak pada maksu?
Maksu....
Ingat lagi tak kalau kita bosan-2, kita mesti keluar tengok wayang, makan-2, dan pergi shopping. Ingat lagi tak? Maksu paling banyak habiskan duit untuk akak. Akak tahu, adik beradik dan sepupu lain mesti jeles sebab maksu paling rapat dan paling suka bagi apa yang akak nak. Kalau akak mintak duit dekat maksu, tak pernah laa tak dapat.
Akak ingat lagi, suatu hari tuh, broadband akak tak boleh guna. Time tuh akak dekat Melaka, nak buat kerja. Rupa-rupanya abang lupa nak bayar broadband kakak. Akak call ibu sambil menangis. Sebab akak sedih tak dapat buat kerja kalau broadband tak ada. Time tuh ibu cakap, maksu terus siap-siap. maksu nak pergi bayarkan broadband akak dekat IOI Mall. Maksu nak pergi sengsorang je time tuh. Waktuu tuh akak sebab sangat-2, sebab maksu selalu tolong akak. Maksu selalu bagi respond yang cepat bila akak ada masalah. Akak nampak kasih sayang maksu tuh, walaupun akak jarang cakap akak sayang maksu.
Maksu.....
Waktu malam, akak pasti teringat dekat maksu. Setiap kali sebelum tidur, akak mesti mintak maksu geli-2 kan tangan, kaki dan belakang akak. hehe. sebab akak tak boleh tidur kalau maksu tak geli kan. Kadang-2 tuh time kite tengah geli2, tetiba ibu bukak pintu. and selalu gelakkan kita kan? Allah, maksu. bilik akak tuh banyak sangat kenangan kita berdua. Baju-2 maksu ade je dalam almari tuh. Setiap kali masuk bilik, akak mesti buka almari maksu. Rasa macam tak percaya maksu dah tak ada.
Maksu dah tinggal dengan kami sekeluarga sejak kecil lagi. Maksu memang terlalu rapat dengan kami, terutama dengan ibu dan kakak. Kita selalu pergi shopping sama-2. Maksu tak kedekut bab duit. Walaupun kadang-2 maksu suka marah akak, suka bebel dekat akak, suka cari gaduh dengan akak, tapi sekejap je. esoknya maksu mesti pujuk akak balik.
Cumaaa.......
Akak terkilan, Time raya haji hari tuh, akak ade bergaduh dengan maksu. kita hempas-2 pintu . Walaupun akak tak tengking maksu, tapi akak langsung tak pandang muka maksu. Akak tahu akak salah, tapi akak tak nak mintak maaf. Esoknya maksu yang datang dekat kakak pujuk kakak dan ajak kakak keluar. Maksu memang sayang sangat dekat akak kan??? Tapi akak tak pernah tunjukkan kasih sayang akk dekat maksu. akak tak sempat nak balas jasa-2 maksu.
Betul orang kata, bila kita dah kehilangan seseorang tuh, baru lah kita nak hargai dia.
Maksu, tenanglah maksu di sana. Akak selalu doakan yang baik2 buat Maksu. Akak sayang maksu selamanya hingga ke nafas terakhir akak. AL-FATIHAH.
A Loving Heart is The Beginning of All Knowledge
NUKILAN NURUL SYUHADAH ARIADI