Wednesday, October 31, 2012

Mutiara Kata : Persahabatan




Adalah lebih baik memiliki wajah yang hodoh dari lidah yang hodoh kerana wajah yang hodoh tidak mungkin boleh menyakiti hati orang lain tetapi lidah yang hodoh boleh mengeluarkan kata kata yang melukakan.

Hindarilah diri dari menjadi manusia yang suka berpuak puak dan berpecah pecah. Contohilah resam semut bila bertemu seakan bersalam dan suka bekerja sama di antara satu sama lain.

Orang yang suka mengkhianati teman sendiri adalah ibarat binatang yang suka memakan bangkai. Bertambah busuk bangkai bertambah pula seleranya.

Mengapa manusia gemar mencetuskan pertelingkahan sedangkan manusia itu sendiri dilahirkan adalah dari hasil sebuah kemesraan. 

Teman yang banyak boleh diibaratkan seperti pasir pasir di pantai tetapi teman yang satu adalah mutiara di antara pasir pasir itu.

Berfikirlah sebelum berkata kata, jangan berfikir sesudah berkata kata sebab sebelum perkataan keluar kita punya, apabila sudah keluar orang punya. Dari kata kata kita dapat mendapat banyak kawan kawan dan lawan.

Sesungguhnya hati orang yang bodoh itu ada di mulutnya tetapi hati orang yang bijaksana ada di hatinya.

Tingkahlaku adalah umpama cermin dalam mana setiap orang mempamerkan imejnya.

Jangan berbangga denga pujian teman kerana sebalik pujian terdapat satu kejian.


*SOURCES :  Mutiara Kata


I miss them alot :')
We're Super duper triple BFF ^^,


Sincerely ,
N.S.A 


A Loving Heart is The Beginning of All Knowledge

Tuesday, October 30, 2012

SEGMEN : 2nd Anniversary Giveaway by QCEY


hai hai ;) 

Dah lama adah tak buat dua entry dalam satu hari kan ?

So agak ajaib bila tetiba adah terbaca entry Qaseh Chenta

yg telah menganjurkan segmen di atas nie :D

Alalalala , comey tomey sweet sweeto jer banner ni kan ?

Kalau nak join , boleh tekan banner di atas aw .

Nak tahu kenpa adah join ? 

Sebab , adah pun bakal menyambul 2nd Anniversary jugak awal tahun 2013 ni . 

And reason kedua , sebab adah tak pernah ada baju couple :D

So teringin laa kot-kot ada tuah menang tshirt couple tuh . 

~lalalalaalal (sambil buat muke annoying )^^,

Okeylaaa , korang semua pun di jemput join sekali . 

Lastly , Happy Anniversary to empunya segmen ;)

Semoga ikatan dan hubungan ini berkekalan ke akhirnya . 

And thanks for this segmen ;)

**BAgi sesiapa yg nak join, boleh terus ke blog Qaseh Chenta dengan menekan banner di atas . BAca
dulu syarat-2 nye okey ? :)

Daa

TAG : 


and 



A Loving Heart is The Beginning of All Knowledge

 
NUKILAN NURUL SYUHADAH ARIADI