Sunday, January 20, 2013

100% PURE MARINE COLLAGEN !


Hai , Night ! :)

MAlam-2 baru nak mengupdate kan ? hehe . 

Sory , siang tadi keje , lepas tuh pergi carik tudung dinner . 

Balik rumah menjahit lak . Alahaiii !

Serba boleh adah ni . hihihihi ~ perasan ^^,

Okey laa . nak cakap pasal PURE MARINE COLLAGEN . 



Haa , awak awak semua pernah cuba tak ?

Last week adah baru beli dekat MAK student adah . 

Akak tuh bgtahu die jual Pure Marine Collagen . 

So ape lagi kan ? Adah pun gatal gak nak try . 

Asyik tengok dan baca testimoni orang lain jer . 

Bila nak buat testimoni diri sendiri . betul tak ? hehe 

Tapi adah tak rebus lagi aw . Sebab hari ni busy giler . 

Esok nak gi kenduri kahwin dgn kawan2 pulak . Malam kot

baru nak rebus . Apa-2 nnti adah update okay ?

Cuma kat sini just nak inform kebaikan Pure marine collagen ni . 

KEHEBATAN KOLLAGEN ASLI :

1.  Melaraskan berat badan dan menstabilkan hormone. *
2.  Meningkatkan sistem imun dan metabolisme badan.
3.  Memejalkan payudara, otot dan punggung.
4.  Menyihatkan rambut dan kuku *
5.  Menguatkan sistem abdomen dan memelihara kalenjar tiroid
6.  Mengurangi penuaan pramtang sperti kedutan dan kulit kendur
7.  Melancarkan peredaran darah, mengurangi sakit bahu dan belakang. *  (macam org tua lak)
8.  Menguatkan tulang dan sendi, menjauhi artritis dan osteoporosis
8.  Meningkatkan sel rawan, ligamen dan otot.
9.  Merawat penyakit gout dan mencegah kanser/tumor.
10.  Menurunkan tekanan darah tinggi dan merawat Anemia
11.  Meningkatkan fungsi penghadaman/pencernaan, merawat gastrik. *
12.  Anti bakteria/kulat dan memecahkan toksin *
13.  Menurunkan tahap kolestrol dalam tubuh.
14.  Menyerap lebihan garam dalam tubuh (lumpuh)
15.  Melicin, menegang, dan menghaluskan kulit.
16.  Mempercepatkan pengecutan jerawat dan menghapuskan parut.
17.  Merangsang penghasilan sel-2 baru kulit, menyembuhkan luka
18.  Menstabilkan kandungan gula dalam darah (kencing manis)
19.  Membersihkan tubuh dari reaksi radikal bebas.
20.  Memberikan rasa kekenyangan (diet) dan memelihara usus kecil (mengelakkan sembelit/buasir) * (Adah ada masalah sembelit . huhuhhu ~_~ )
21.  Membantu masalah keputihan dan menormalkan fungsi kalenjar tiroid.

P/s : Adah taip khas copy dari kertas ni aw ! huhu . Yg ada * tuh maknanya reason kenapa adah beli collagen ni :).

Untuk pengetahuan semua , yg adah beli ni , 

100% PURE MARINE COLLAGEN yg warna purple aw . bukan 

yang putih biasa tuh . 

So kalau korang nak order , kindly inform adah okay ? :)

Just emel me here , 

nurulsyuhadahariadi@yahoo.com

Harga RM20 (satu paket)

****Cara-2 nak rebus ke , nak basuh ke , semua ada tertera kat kertas dalam paket tersebut :)

Okay laa , thanks for reading :)

Next entry about Vitamin C and Vitamin B . (tak janji)

In sha Allah ^^, 


A Loving Heart is The Beginning of All Knowledge

Saturday, January 19, 2013

FENOMENA HISTERIA DI UITM LENDU?


Salam Sabtu semua :)

Mesti semua baru lepas tengok Maharaja Lawak Mega FINAL kan ? 

Hehe , tahniah pada pemenang . 

Tadi time adah buka twitter , adah digemparkan

dengan cerita histeria yg semakin menjadi-2 di UITM Lendu . 

Setelah membaca beberapa info dan cerita benar dari students UITM Lendu , 

di sini ingin adah akui , cerita itu boleh dipercayai . 

Fenomena Histeria di kalangan pelajar ni acap kali terjadi terutama sekali

pada pelajar perempuan . 

Di UITM Jengka pun tiada terkecualinya . 

Adah sendiri ada pengalaman mendengar jeritan-2 yg tidak menyenangkan hati dan perasaan kita.

Ia berlaku 2tahun lepas . Tak silap adah , waktu tuh adah di Semester 3.

Bilik adah ditingkat bawah , dan kejadian ini berlaku di tingkat 2 ,

betul2 di atas bilik Adah . 

Sangat mendebarkan bila anda harus mendengar jeritan dan hentakan kuat , gara-2 amukan 

makhluk halus yg menumpang badan si mangsa . 

Banyak ustaz yg turun membantu , tak kurang juga hebatnya POLIS BANTUAN yg

sudi menjadi pembantu kepada ustaz2 tadi . 

Malangnya , bila jeritan di atas berhenti , tiba-2 Adah dan rakan sebilik dikejutkan pula

dengan jeritan kedua , iaitu berhampiran dengan tingkap bilik kami. 

Masya Allah , takut tuh memang ada . tapi kami terpaksa buat2 berani . 

Bacaan Yassin diteruskan , manakala rakan yg "Uzur" diletakkan di tengah-2 . 

KEjadian ini berlarutan hampir 3 hari . 

Ia tak lah lama seperti di UITM Lendu . 

Namun , fenomena Histeria ini tak kan pernah pupus selagi ada syaitan di dunia .

So , kita sesama Muslim, doakan lah agar rakan kita di UITM Lendu mampu bersabar 

dan berani untuk melawan rasa ketakutan mereka . 

Semoga semuanya akan baik2 saja seperti sedia kala . 

In sha Allah .



A Loving Heart is The Beginning of All Knowledge

 
NUKILAN NURUL SYUHADAH ARIADI